Program RISE 2015 (peringkat Kebangsaaan) telah berlangsung dari 2 hingga 4 Jun 2015 bertempat di Kolej Komuniti Hulu Selangor, Selangor. Program ini adalah satu program anjuran Kolej Komuniti Wilayah Selangor dengan kerjasama Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Saiful Nang Academy of Professional (SNAP) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Program ini telah dihadiri dan perasmian penutup dilaksanakan oleh YB. Tuan P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan II, KPM. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkasa pendidikan menerusi pertandingan kemahiran dan pembangunan inovasi. Terdapat 3 kategori yang di tawarkan iaitu :
a) Pembentangan kertas kajian
b) Pertandingan Inovasi
c) Pertandingan kemahiran iaitu Tourism & ICT Skills Competition
i. Pertandingan Inovasi 'Transparent Casing.'
ii. Pertandingan Pemasangan Rangkaian.
iii. Pertandingan 'Kayak Paddling Technique'.
iv. Pertandingan Interpretasi Fotografi.
v. Pertandingan 'Bird Race'.
Penyertaan PSIS bagi program ini adalah 12 penyertaan keseluruhan iaitu 3 penyertaan pembentangan kertas kajian, 3 penyertaan pertandingan inovasi, 2 penyertaan pertandingan 'Kayak Paddling Technique', 2 penyertaan pertandingan Interpretasi Fotografi dan 2 penyertaan 'Bird Race'. Penyertaan peserta adalah seramai 12 orang pelajar dan 10 orang pensyarah. Pencapaian yang telah diperolehi adalah seperti berikut:
1. Kategori Pertandingan Inovasi: 1 EMAS & 2 PERAK
2. Pertandingan kemahiran iaitu Tourism Skills Competition
i. Pertandingan 'Kayak Paddling Technique'. Tempat Ke-2
ii. Pertandingan Interpretasi Fotografi. Saguhati
iii. Pertandingan 'Bird Race'. Saguhati
Pencapaian yang dikecapi di dalam Program RISE 2015 adalah hasil usaha keras semua pihak dalam menyertai setiap pertandingan. Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah dari Jabatan Pelancongan & Hospitaliti dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik PSIS. Program ini boleh dijadikan sebagai platform dalam membudaya amalan penyelidikan dan inovasi serta penglibatan aktif dalam pertandingan kemahiran pelancongan yang disertai dikalangan warga PSIS khususnya para pelajar.
Disediakan oleh:
KHIRUN BIN MD SHAH
Pensyarah Pengiring RISE 2015
Program Fraser Hill International Bird Race 2015 telah berlangsung dari 22 hingga 24 Mei 2015 bertempat di Bukit Fraser, Pahang Darul Makmur. Program ini adalah satu program anjuran Tourism Pahang dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia, Tourism Malaysia dan World Wide Fund for Nature (WWF) serta penglibatan bersama Institut Biodiversiti (IBD) Jabatan PERHILITAN dan Malaysia Nature Society (MNS). Program ini juga mengadakan bengkel "Bird Watching for Beginners" sebagai satu pengisian sebelum pertandingan. Program ini diadakan bertujuan untuk menjadikan aktiviti memerhati burung sebagai satu aktiviti pelancongan berfaedah kepada pelancong serta penduduk setempat khususnya pelajar jurusan pelancongan. Terdapat 4 kategori yang di tawarkan iaitu :
a) Kategori Advance
b) Kategori Novice
c) Kategori IPT/Sekolah
d) Kategori Local
Penyertaan PSIS bagi program ini adalah 5 penyertaan keseluruhan iaitu 5 penyertaan dalam kategori IPT/Sekolah. Penyertaan peserta adalah seramai 10 orang pelajar dan 5 orang pensyarah. Pencapaian yang telah diperolehi adalah seperti berikut:
1. Kategori IPT/Sekolah: 1 Saguhati
Pencapaian yang dikecapi di dalam Program Fraser Hill International Bird Race adalah permulaan baik bagi pasukan PSIS yang pertama kali menyertai program tersebut. Penyertaan dalam bengkel melalui aktiviti ceramah mengenai burung, teknik-teknik mengenal burung, ceramah konservasi burung dan taklimat pertandingan dapat membantu dalam memahami penglibatan pasukan PSIS semasa program berlangsung. Program ini boleh dijadikan sebagai platform dalam penglibatan aktif dalam pertandingan kemahiran pelancongan yang disertai dikalangan warga PSIS khususnya para pelajar jurusan pelancongan. Selain itu, program ini dapat membantu pelajar dalam membina kerjaya di dalam industri pelancongan melalui penglibatan aktif bersama pengendali-pengendali industri yang melibatkan diri dalam pertandingan.
Disediakan oleh:
KHIRUN BIN MD SHAH
Pensyarah Pengiring Program.
Laporan Thailand Ultimate Culinary Cup 2015 dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Dua orang pensyarah PSIS iaitu
En. Yusof dan En Shahrizal, membawa nama Politeknik Malaysia dan nama negara kita Malaysia ke Peringkat Antarabangsa ThaiFax - World Class Food Asia 2015 di Bangkok Thailand.
Tarikh | : 20 May – 24 May 2015 | |
|
Anjuran |
: Persatuan Chef Thailand dan diendos oleh Gabungan Persatuan Chef Dunia (WACS) |
Peringkat | : Antarabangsa | |
Tempat | : IMPACT Forum, Hall 9, Bangkok Thailand |
Tahniah dan Selamat Maju Jaya. Anda adalah juara. klik untuk Laporan Penuh
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
Mula beroperasi mulai 2004.
3 Program Pengajian Peringkat Diploma;
Struktur Program
Program Pengurusan Hotel dan Katering
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang Pengurusan Hotel dan Katering dengan memberi penekanan kepada khusus kepada aspek pengurusan operasi perniagaan hotel dan katering. Selain itu, pelajar didedahkan dengan kursus keusahawanan, amalan keselamatan dan kesihatan, amalan penyambut tetamu, pengemasan, amalan halal, operasi dapur komersial, perkhidmatan makanan komersial, dan perkhidmatan restauran dan katering. Pelajar perlu menghadiri kuliah bagi proses pembelajaran teori dan melakukan kerja praktikal dalam makmal dapur. Sebanyak 38 kursus ditawarkan di JPH PSIS.
Program Diploma Pengurusan Pelancongan
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang Pengurusan Pelancongan dengan memberi penekanan kepada khusus kepada aspek pengurusan operasi pengurusan pelancongan. Selain itu, pelajar didedahkan dengan kursus keusahawanan, tempahan dan tiketan, operasi pengembaraan dan lawatan, pengurusan acara, pengurusan taman dan rekreasi, pengurusan fasiliti, operasi kaunter perkhidmatan, perkhidmatan interpretasi pelawat, pengurusan risiko taman, pengurusan taman tema, pelancongan rekreasi, pemasaran pelancongan dan projek pelancongan. Pelajar perlu menghadiri kuliah bagi proses pembelajaran teori dan melakukan kerja praktikal dalam makmal pelancongan. Sebanyak 38 kursus ditawarkan di JPH PSIS.
Program Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal)
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) dengan memberi penekanan kepada khusus kepada aspek pengurusan operasi perkhidmatan makanan amalan halal. Selain itu, pelajar didedahkan dengan kursus keusahawanan, amalan keselamatan dan kesihatan, sanitasi makanan, teori makanan, operasi makanan komersial, perakauanan, nutrisi, halal standard, pemasaran, pengurusan acara, perancangan menu dan project. Pelajar perlu menghadiri kuliah bagi proses pembelajaran teori dan melakukan kerja praktikal dalam makmal dapur. Sebanyak 38 kursus ditawarkan di JPH PSIS.
KEMUDAHAN AKADEMIK JPH
Tourism Management Unit
NO |
LABS |
CAPACITIES |
1 |
RECREATION CENTRE |
40 PAXS |
2 |
CRS LAB |
40 PAXS |
3 |
INTERPRETATION ROOM |
40 PAXS |
4 |
TOURISM SIMULATION ROOM |
40 PAXS |
5 |
SWIMMING POOL |
40 PAXS |
Hotel & Catering Management Unit
NO |
LABS |
CAPACITIES |
1 |
BANQUET HALL |
1000-250 PAXS |
2 |
KITCHEN A |
40 PAXS |
3 |
KITCHEN B |
40 PAXS |
4 |
CEMARA CAFE |
40 PAXS |
5 |
TRAINING RESTAURANT |
40 PAXS |
6 |
HOUSEKEEPING CENTRE |
40 PAXS |
Facility
NO |
LABS |
CAPACITIES |
1 |
BOAT |
1 UNIT |
2 |
KAYAK |
40 UNITS |
3 |
CHANGING ROOM |
2 UNITS |
4 |
FOOD’S STORAGE |
1 UNITS |
5 |
OFFIES |
4 UNITS |
6 |
MEETING ROOM |
2 UNITS |
Halaman 2 dari 3
![]() |