Tazkirah Hari Ini....


Program RISE 2015 (peringkat Kebangsaaan) telah berlangsung dari 2 hingga 4 Jun 2015 bertempat di Kolej Komuniti Hulu Selangor, Selangor. Program ini adalah satu program anjuran Kolej Komuniti Wilayah Selangor dengan kerjasama Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Saiful Nang Academy of Professional (SNAP) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Program ini telah dihadiri dan perasmian penutup dilaksanakan oleh YB. Tuan P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan II, KPM. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkasa pendidikan menerusi pertandingan kemahiran dan pembangunan inovasi. Terdapat 3 kategori yang di tawarkan iaitu :


a) Pembentangan kertas kajian
b) Pertandingan Inovasi
c) Pertandingan kemahiran iaitu Tourism & ICT Skills Competition
i. Pertandingan Inovasi 'Transparent Casing.'
ii. Pertandingan Pemasangan Rangkaian.
iii. Pertandingan 'Kayak Paddling Technique'.
iv. Pertandingan Interpretasi Fotografi.
v. Pertandingan 'Bird Race'.

Penyertaan PSIS bagi program ini adalah 12 penyertaan keseluruhan iaitu 3 penyertaan pembentangan kertas kajian, 3 penyertaan pertandingan inovasi, 2 penyertaan pertandingan 'Kayak Paddling Technique', 2 penyertaan pertandingan Interpretasi Fotografi dan 2 penyertaan 'Bird Race'. Penyertaan peserta adalah seramai 12 orang pelajar dan 10 orang pensyarah. Pencapaian yang telah diperolehi adalah seperti berikut:

1. Kategori Pertandingan Inovasi: 1 EMAS & 2 PERAK
2. Pertandingan kemahiran iaitu Tourism Skills Competition


i. Pertandingan 'Kayak Paddling Technique'. Tempat Ke-2
ii. Pertandingan Interpretasi Fotografi. Saguhati
iii. Pertandingan 'Bird Race'. Saguhati

Pencapaian yang dikecapi di dalam Program RISE 2015 adalah hasil usaha keras semua pihak dalam menyertai setiap pertandingan. Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah dari Jabatan Pelancongan & Hospitaliti dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik PSIS. Program ini boleh dijadikan sebagai platform dalam membudaya amalan penyelidikan dan inovasi serta penglibatan aktif dalam pertandingan kemahiran pelancongan yang disertai dikalangan warga PSIS khususnya para pelajar.

Disediakan oleh:
KHIRUN BIN MD SHAH
Pensyarah Pengiring RISE 2015

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com