Tazkirah Hari Ini....

Program Fraser Hill International Bird Race 2015 telah berlangsung dari 22 hingga 24 Mei 2015 bertempat di Bukit Fraser, Pahang Darul Makmur. Program ini adalah satu program anjuran Tourism Pahang dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia, Tourism Malaysia dan World Wide Fund for Nature (WWF) serta penglibatan bersama Institut Biodiversiti (IBD) Jabatan PERHILITAN dan Malaysia Nature Society (MNS). Program ini juga mengadakan bengkel "Bird Watching for Beginners" sebagai satu pengisian sebelum pertandingan. Program ini diadakan bertujuan untuk menjadikan aktiviti memerhati burung sebagai satu aktiviti pelancongan berfaedah kepada pelancong serta penduduk setempat khususnya pelajar jurusan pelancongan. Terdapat 4 kategori yang di tawarkan iaitu :


a) Kategori Advance
b) Kategori Novice
c) Kategori IPT/Sekolah
d) Kategori Local

Penyertaan PSIS bagi program ini adalah 5 penyertaan keseluruhan iaitu 5 penyertaan dalam kategori IPT/Sekolah. Penyertaan peserta adalah seramai 10 orang pelajar dan 5 orang pensyarah. Pencapaian yang telah diperolehi adalah seperti berikut:

1. Kategori IPT/Sekolah: 1 Saguhati

Pencapaian yang dikecapi di dalam Program Fraser Hill International Bird Race adalah permulaan baik bagi pasukan PSIS yang pertama kali menyertai program tersebut. Penyertaan dalam bengkel melalui aktiviti ceramah mengenai burung, teknik-teknik mengenal burung, ceramah konservasi burung dan taklimat pertandingan dapat membantu dalam memahami penglibatan pasukan PSIS semasa program berlangsung. Program ini boleh dijadikan sebagai platform dalam penglibatan aktif dalam pertandingan kemahiran pelancongan yang disertai dikalangan warga PSIS khususnya para pelajar jurusan pelancongan. Selain itu, program ini dapat membantu pelajar dalam membina kerjaya di dalam industri pelancongan melalui penglibatan aktif bersama pengendali-pengendali industri yang melibatkan diri dalam pertandingan.

Disediakan oleh:
KHIRUN BIN MD SHAH
Pensyarah Pengiring Program.

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com