Tazkirah Hari Ini....


NAMA AKTIVITI/PROJEK

Penyertaan Pensyarah Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH) di Villeroy & Boch Culinary World Cup di Luxembourg yang berlangsung pada 24 – 28hb November 2018.

 

PENCAPAIAN

En Mohd Yusof Yaakob -  2 Pingat Gangsa

 

LATAR BELAKANG/RASIONAL

Culinary World Cup dianjurkan oleh The Vatel-Club Luxembourg atau (ASBL) - Amitié Gastrononomique François Vatel, persatuan chef profesional Luxembourg, yang juga ahli Persatuan Chef Komuniti Dunia (WACS).

Misi ASBL adalah menyokong chef-chef muda dan persatuan chef yang telah ditubuhkan di seluruh dunia. ASBL menyediakan peluang kepada mereka untuk menyerlahkan kemahiran mereka melalui kursus latihan profesional atau dengan mengambil bahagian dalam pertandingan samaada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, seperti Culinary World Cup 'EXPOGAST' yang juga pertandingan kedua terbesar dalam dunia masakan selepas IKA Culinary Olympic.

Pelbagai acara masakan telah disediakan seperti pertandingan satu lawan satu persatuan chef yang mewakili negara masing-masing. Saringan telah dibuat setahun sebelumnya bagi memberikan tempoh masa yang mencukupi bagi setiap persatuan chef membuat penyediaan. Pemilihan pasukan yang bertanding juga mengambil kira kedudukan ranking di dunia.

Satu lagi kategori yang dipertandingkan ialah Culinary Artistry atau  Seni Kulinari. Dalam kategori ini ia dipecahkan kepadai Seni Ukiran Buah, Seni Gula, Seni Fondant, Seni Keju dan Seni Garam. Ia terbuka kepada semua chef.  Untuk Seni Ukiran Buah ia dibahagikan lagi kepada Live Carving dan Pameran yakni peserta hanya mempamerkan ukiran yang telah dibuat.

---> -KLIK UNTUK MUAT TURUN LAPORAN PENUH PENYERTAAN PENSYARAH DI VILLEROY & BOCH CULINARY WORLD CUP DI LUXEMBOURG.

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com