Choral Speaking Competition anjuran Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am telahpun berakhir dengan DUP3A muncul sebagai juara pertandingan dan Kostum Terbaik. Tempat kedua dimenangi pula oleh DHF1A disamping konduktornya yang turut dinobatkan Konduktor Terbaik keseluruhan. Tempat ketiga pula disandang oleh pelajar-pelajar dari DIB3A.
Semua pelajar pulang tanpa tangan kosong dimana Hadiah Saguhati berupa sijil dan wang tunai telahpun disampaikan oleh En Ishanuddin, Pengarah P.S.I.S.
#PSISDesigningYourFuture #PSISTerusJuara
PENGENALAN
Jabatan Pengajian Am merupakan jabatan sokongan akademik yang bertanggungjawab membantu jabatan induk dalam pelaksanaan proses pengajaran & pembelajaran. Jabatan ini diketuai oleh Puan Norafidah Md Idris sebagai Ketua Jabatan mempunyai seramai 37 kakitangan tetap yang terdiri daripada 12 orang pensyarah Pendidikan Islam yang mengajar subjek Pengajian Malaysia, Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam, Bahasa Arab dan Tamadun Islamdan 15 orang pensyarah Bahasa Inggeris yang mengajar subjek Communicative English 1,2 and 3.
![]() |