Tazkirah Hari Ini....

Jabatan Perdagangan

 

Jabatan Perdagangan, merupakan salah satu daripada lima (5) Jabatan Akademik di Politeknik Sultan Idris Shah yang telah beroperasi pada Januari 2004. Pada permulaannya, terdapat dua (2) program yang ditawarkan iaitu Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK) dan Sijil Pemprosesan Data (SMD).  Program Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB) telah ditawarkan pada tahun 2009 untuk menggantikan program SMD. Jabatan Perdagangan diketuai oleh Dr Norazwa binti Ahmad Zolkifli @ Uda dan dibantu oleh 40 tenaga pengajar yang mempunyai bidang yang berkelayakan untuk mendidik para pelajar mengikut program yang ditawarkan di Politeknik Sultan Idris Shah.

Dua program yang ditawarkan iaitu Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB) dan Diploma Sains dan Kesetiausahaan (DSK) masing-masing melibatkan jangkamasa pengajian selama 6 semester atau 3 tahun, dimana latihan industri dilaksanakan pada semester akhir setelah pelajar melepasi jam kredit yang dikehendaki.

Seiring dengan perubahan dan peredaran semasa, Jabatan Perdagangan sentiasa mengorak langkah ke arah pencapaian yang lebih baik antaranya menghasilkan para pelajar yang berjaya dalam bidang keusahawanan dan menjadi pemilik kepada pelbagai jenis perniagaan, penglibatan dalam kajian dan inovasi dan dipertandingkan di pelbagai peringkat dengan membawa pulang pengiktirafan (pingat) Emas, Perak dan Gangsa, menyertai aktiviti sukan sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Taekwando, Silat, Gusti Lengan, atau Catur, pertandingan kemahiran setiap tahun dan mencapai keputusan yang membanggakan seperti Anugerah Jari Emas, Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dan juga turut menempatkan nama jabatan di dalam Malaysia Book of Records bagi pencapaian tertinggi bagi kursus kemahiran jabatan iaitu Trengkas.

Cabaran bagi Jabatan Perdagangan bukan sahaja untuk meraih lebih banyak pencapaian dan meluaskan penglibatan pelajar, namun juga dalam mengekalkan nama baik dan prestasi sedia ada. Semoga Jabatan Perdagangan sentiasa maju jaya di masa hadapan!

 

Laporan PENCAPAIAN CIDOS KESELURUHAN TAHUN 2015 (TEMPAT PERTAMA) - KATEGORI JABATAN

 

KEJAYAAN 6

Hubungi Staf JP

Antara Program yang diadakan oleh pensyarah dan pelajar Jabatan Perdagangan sepanjang September 2015: 

5 SEPT 2015 JESAMAL 5 SEPT 2015 FUTSAL
1 SEPT 2015 OSHA 4 SEPT 2015 SECRETARIUS SEMINAR KERJAYA
4 SEPT 2015 SECRETARIUS GROOMING    

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com