Tazkirah Hari Ini....

Jabatan Perdagangan

Laporan Cidos Inspiring Learning Awards 2014 (Kategori Pensyarah)

Laporan Karnival E-Learning Universiti Peringkat Kebangsaan 2014(Kategori Pensyarah)

Laporan Program Innovation, Invention & Skills Competition Through Exhibition PSIS 2014 (IISCEP'14) (Penyertaan Pelajar)

kpdsk

PN NURHAFIZAH BINTI HAMIDON

ucapankpdsk

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya berpeluang untuk mencoretkan sepatah dua kata di dalam laman web rasmi Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) menerusi platform Jabatan Perdagangan. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih, dan tahniah kepada jawatankuasa laman web kerana telah berjaya membangunkan laman sesawang yang lebih inovatif dan interaktif dalam menyalurkan informasi kepada para pelajar dan warga PSIS.

 Program Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK) adalah salah satu program yang ditawarkan di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Idris Shah sejak dari sesi pengambilan pelajar yang pertama pada Januari 2004.  Kini pada 2018, terdapat 256 orang pelajar program yang berstatus aktif menjalani pengajian di Jabatan Perdagangan PSIS.  Program DSK ini mensasarkan kepada membangunkan potensi pelajar dalam kemahiran menguruskan dan menghasilkan dokumen, surat-menyurat, laporan, kertas kerja,dan dokumen pentadbiran dan pengurusan selain berkemahiran dalam menguruskan majlis, usahawan dan berkeyakinan dalam menyampaikan ucapan (public speaking).  Para pelajar juga dididik agar berilmu dan memahami struktur organisasi dengan baik.

 Peranan setiausaha di dalam sesebuah organisasi dilihat semakin berkembang dan tidak terhad kepada kerja-kerja pengkeranian sahaja.  Setiausaha pada masa kini dilihat perlu bersama-sama menyumbang idea yang bernas di dalam pembuatan keputusan.  Kini, Jabatan Perdagangan menerusi program DSK menyokong usaha dan kerjasama pelajar serta para pensyarah dalam memastikan selain mendalami dan memahirkan diri di dalam bidang kesetiausahaan, kemahiran insaniah tidak dilupakan selain mendokong usaha ke arah pencapaian dalam bidang keusahawanan dan teknologi.

Akhir kata, saya ingin menyeru kepada semua warga Jabatan Perdagangan agar sentiasa bersyukur dan mengutamakan kecemerlangan akademik sebagai persediaan menghadapi dunia yang semakin mencabar masa ini. dengan melahirkan modal insan yang berkualiti, berjiwa patriotik dan memahami tanggungjawab membina masa depan negara.

 

  • PUAN NURHAFIZAH BINTI HAMIDON
  • Ketua Program
  • Diploma Sains Kesetiausahaan
  • Politeknik Sultan Idris Shah

 

KJP pnazura

DR. NORAZWA BINTI AHMAD ZOLKIFLI @ UDA

ucapankj

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

 

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana rahmat dan limpah kurniaNya, saya berpeluang untuk menulis sepatah dua kata di laman sesawang Politeknik Sultan Idris Shah.

 

Terlebih dahulu, saya melahirkan rasa kesyukuran kerana menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Idris Shah. Saya amat bersyukur kerana jabatan mempunyai staf yang sentiasa bekerjasama serta menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Kesungguhan ini dapat dilihat apabila Jabatan Perdagangan berjaya melahirkan graduan serba boleh dalam bidang Kesetiausahaan mahupun Perbankan dan Kewangan Islam serta  pencapaian dalam kebolehpasaran yang memberangsangkan. Malah, yang lebih membanggakan apabila graduan yang dilahirkan dari Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Idris Shah mampu menempatkan diri di industri sejurus menamatkan pengajian kelak.

 

Selain itu, kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pelajar dalam menonjolkan potensi diri amat menggalakkan dan memberangsangkan. Penglibatan dalam pelbagai pertandingan inovasi, pembentangan, kemahiran, debat, sukan, seni mempertahankan diri, pengacaraan, dan pelbagai lagi menunjukkan didikan yang diterap dan peluang yang ditawarkan di jabatan melalui dua (2) program utama ini membantu meningkatan potensi diri para pelajar.

 

Dalam pencapaian akademik menunjukkan para pelajar Jabatan Perdagangan mampu bersaing dengan jabatan lain di mana beberapa kali diberikan Anugerah Pengarah bagi Majlis Konvokesyen, malahan turut diiktiraf di peringkat lebih tinggi apabila berjaya menempatkan nama dalam Malaysia Book Of Records menerusi pencapaian kemahiran Trengkas terpantas.  Tidak dilupakan, para pelajar jabatan amat digalakkan untuk bergiat aktif dalam ko-kurikulum menerusi penglibatan sukan, pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta keusahawanan.  Segala pencapaian dan penglibatan ini menunjukkan bahawa Jabatan Perdagangan sentiasa memberi sokongan dan peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan diri dalam pelbagai bidang.

 

Tidak dilupakan, Jabatan Perdagangan turut memiliki para pensyarah yang berkebolehan dan berdaya saing.  Dalam menjadi contoh kepada para pelajar, para pensyarah turut melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan inovasi, memberi ceramah di pelbagai institusi, memiliki pengiktirafan professional dari badan badan diiktiraf, serta aktif dalam bidang keusahawanan. Antara pencapaian yang membanggakan adalah diiktiraf sebagai Best Trainer Award oleh AKPK Collaborators Award 2017, The Malaysia Book of Records bagi The Fastest Trengkas Transcription by a Group, menggondol pingat Emas bagi Invention, Innovation, & Design Exposition  (IIDEX 2017) UiTM Shah Alam, Anugerah Juri, Sijil Emas, menjadi sukarelawan antarabangsa dan pelbagai lagi pencapaian yang menunjukkan dalam memastikan para pensyarah dapat menjadi contoh terbaik buat para pelajar di samping kesibukan dalam hal hal pendidikan.

 

Akhir kata, diharapkan tahun 2018 ini menyaksikan lebih banyak kejayaan yang bakal diukir oleh para pelajar Jabatan Perdagangan, dan tidak dilupakan oleh barisan para pensyarah yang banyak membimbing dan membantu para pelajar selama ini

 

Sekian, Salam Maju Jaya untuk semua.

 

DR. NORAZWA BINTI AHMAD ZOLKIFLI @ UDA

Ketua Jabatan Perdagangan

Politeknik Sultan Idris Shah

 

kpdib

PN NURUL SYAMSHIDA BINTI MOKHTAR

ucapankpdib

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Web Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Jabatan Perdagangan (JP) kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata di ruangan ini.

Alhamdulillah, program Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB) yang telah bertapak di PSIS sejak Jun 2009 semakin mengorak langkah ke hadapan dalam melaksanakan peranan  untuk melahirkan graduan  yang kompeten, berinovasi, berdaya saing, bercirikan usahawan dan berakhlak mulia selari dengan misi Politeknik. Program ini ditawarkan bagi memperkenalkan kepada pelajar tentang Perbankan Islam serta Sistem Kewangan yang mana mendedahkan terhadap kemahiran, ilmu, pengetahuan bersesuaian dalam kursus yang ditawarkan seperti Fiqh Muamalat, Takaful, Macroeconomics, Islamic Capital Market, Islamic Accounting dan pelbagai lagi.

Malah, saya percaya dengan adanya para pensyarah yang komited serta berkemahiran luas dalam bidang, program ini mampu melahirkan graduan yang memenuhi permintaan pasaran masa kini. Ini kerana selain daripada proses pengajaran dan pembelajaran, para pelajar turut didedahkan dengan aktiviti luar bilik kuliah serta aktiviti pemantapan kepimpinan pelajar.

Langkah demi langkah harus diatur oleh para pelajar agar kejayaan digenggam di akhir pembelajaran. Pendek kata, usaha pensyarah perlu disulami kegigihan para pelajar untuk berjaya.

 Akhir kata dari saya, kecemerlangan tidak akan datang tanpa usaha, kerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Para pensyarah  juga perlu menjadi contoh yang baik kepada para pelajar menyedari hakikat bahawa remaja hari ini adalah tonggak kejayaan negara pada masa hadapan. Semoga para pelajar sentiasa berusaha memperbaiki diri dan mensasarkan kejayaan yang cemerlang sepanjang pengajian di PSIS, juga di luar PSIS kelak

 

  • PUAN NURUL SYAMSHIDA BINTI MOKHTAR
  • Ketua Program
  • Diploma Kewangan dan Perbankan Islam
  • Politeknik Sultan Idris Shah

 

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com