Tazkirah Hari Ini....

Berita Jabatan Kejuruteraan Elektrik

banner kem my bot jke

Sabak Bernam 18 - 19 Mac

Kem MyBOT 2.0 PSIS telah dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik bertempat di Makmal Projek dan disertai sebanyak 6 buah sekolah menengah sekitar daerah Sabak Bernam.

Objektif utama kem ini adalah untuk memberikan pendedahan awal dan juga berkongsi ilmu asas robotik kepada para peserta dan seterusnya memilih 2 buah sekolah menengah yang bakal digandingkan bersama-sama pasukan MyBOT PSIS ke 10th FIRA MALAYSIA CUP & CONGRESS 2017.

Antara acara yang dipertandingkan adalah MyBOT Soccer League dan MyBOT Avoidance Challenge.

Dua buah sekolah yang terpilih adalah SMKA Tun Rahah dan juga SBPI Sabak Bernam.

Secara keseluruhannya, Kem MyBOT 2.0 PSIS ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang digariskan.

Berikut adalah sisipan akhbar Harian Metro http://www.hmetro.com.my/node/217077

Berikut adalah LAPORAN PENUH Kem MyBOT 2.0 PSIS

Laporan oleh MOHD ZEID BIN ABU BAKAR, JKE

                                  berita utusanFB Dato YBen nizam

Paparan di Media Sosial oleh Utusan Malaysia dan Facebook

Nama Aktiviti                         : Pertandingan 21ST FIRA RoboWorld Cup 2016

Latar belakang :

Pertandingan peringkat antarabangsa ini adalah merupakan siri yang ke 21 dan berlangsung setiap tahun. Pasukan Politeknik Malaysia yang terpilih adalah seperti Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Politeknik Port Dickson (PPD), Politeknik Balik Pulau (PBU), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) serta Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Pemilihan ini adalah berdasarkan rekod cemerlang politeknik terbabit  dalam pertandingan peringkat kebangsaan dalam kategori Androsot, HuroCup, Simurosot dan Robosot.

Para pelajar yang mewakili PSIS adalah gabungan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK). Seramai 7 orang pelajar keseluruhan yang mewakili PSIS dalam kejohanan kali ini. Kemahiran pengaturcaraan dan pengendalian robot akan diuji untuk bersaing dengan acara Simurisot dan Androsot. Bakat terpendam peserta akan digilap terutamanya dalam bidang pengaturcaraan, mekatronik serta elektronik.

Butiran Aktiviti :

 

Tempat                 : Grand E-Poch City, China

Peringkat              : Antarabangsa

Bil. Peserta PSIS   : 7 Pelajar

Bil. Pegawai          : 6 staf

Bil. Kategori          : 2 ( Simurosot & Androsot)

Bil. Penyertaan     : 10 buah Negara (Antaranya China, Argentina, Taiwan, Korea Selatan, India, Malaysia, Filipina, Mexico

Keputusan Pertandingan:       : 2 Perak dan 1 Gangsa (3 Pingat)

Kejayaan ini dapat memberi motivasi kepada generasi pelapis pasukan Robotik PSIS, para pelajar dan para pensyarah bagi merebut peluang dalam meningkatkan kemahiran individu disamping membantu menaikkan nama Politeknik di arena antarabangsa.

Terima kasih kepada Puan Pengarah, Hjh. Norehan binti Md Shariff, TPSA , TPA, KJHEP, KJKE dan KJTMK serta pihak pengurusan PSIS yang memberi sokongan dan dorongan sehingga kami berjaya sehingga di tahap ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Teknologi & Maklumat yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan mendoakan pasukan Politeknik Malaysia. Semoga kejayaan ini akan berterusan di masa akan datang.

Disediakan oleh :                                                         

(MOHD FARHAN ‘UZAIR BIN PAISAN)                                                                                    

PENYELARAS ROBOT SOCCER PSIS

2

POLISI TENAGA

 

PENYATAAN DASAR

PSIS komited mewujudkan budaya hijau dan melestarikan persekitaran kampus bagi mengurangkan pelepasan karbon dengan mengamalkan pengurusan tenaga yang efisien menjelang tahun 2020.

 

OBJEKTIF PENGURUSAN TENAGA

  1.  Mengadaptasikan sistem pengurusan tenaga secara optimum.
  2.  Mengamalkan penjimatan penggunaan tenaga bagi mengurangkan pelepasan karbon
  3.  Mengaplikasikan teknologi hijau dalam meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga oleh warga PSIS.

 

SASARAN JANGKA PENDEK

  1. Memberi kesedaran kepada warga PSIS terhadap kepentingan budaya penjimatan tenaga
  2. Mengamalkan konsep penjimatan tenaga dalam amalan seharian
  3. Menaik taraf peralatan elektrik kepada perolehan bahan hijau secara berperingkat.
  4. Meningkatkan kompetensi staf bagi memantapkan pengurusan tenaga yang efisien.

 

SASARAN JANGKA PANJANG

  1. Membudayakan penyelidikan pelajar dan staf ke arah teknologi hijau dalam pengurusan tenaga.
  2. Melaksanakan perolehan hijau dalam pembekalan, perkhidmatan, penyelenggaraan dan pembaikan peralatan serta infrastruktur tenaga.
  3. Melaksanakan penyelenggaraan pencegahan bagi semua peralatan elektrik.
  4. Mewujudkan sistem pintar dalam pengurusan tenaga.
  5.  Melaksanakan 5 projek teknologi kecekapan tenaga secara berfasa.

LAPORAN AKTIVITI :
PERTANDINGAN 9TH FIRA MALAYSIA CUP 2016
LOKASI :
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
29 MEI – 3 JUN 2016
 
Keputusan Pertandingan:
i. Kutipan Pingat : 4 Emas , 3 Perak dan 2 Gangsa (9 Pingat)
1 Piala (Poster Terbaik)
1 Piala Johan Kategori (Simurosot). PSIS akan mewakili
Malaysia ke FIRA WorldCup 2016 di Beijing, China.
Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com