Tazkirah Hari Ini....

 robofest

SHAH ALAM 29 - 31 Mac 2019 - Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Idris Shah telah menghantar 3 orang pelajar bagi menyertai ASEAN ROBOFEST 2019 bagi kategori Skills Challenge (Electronic) sebagai persediaan mengharungi Pra World Skill Malaysia Belia (WSMB) 2019. Bertempat di Dewan Bola Tampar MBSA Seksyen 4, Shah Alam, program anjuran Persatuan Penggerak Latihan Kemahiran Negara atau ringkasnya MAHIR  dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia, Alumni World Skills Malaysia dan Kelab Robot Darul Ehsan ini berjaya menarik minat 145 pasukan daripada 52 institusi serta membabitkan penyertaan dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina. 

Skills Challenge (Electronic) mencabar para peserta bersaing antara satu sama lain dalam teknik hand soldering dan memastikan pemasangan litar elektronik berfungsi sepenuhnya dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 50 minit. Hasil persediaan rapi dan latihan intensif, ketiga-tiga pelajar berjaya membawa pulang pingat iaitu 2 Perak dan 1 Gangsa. 

 

Nurul Izzah Binti Mohamed Shafiee - Gangsa

Mohammad Zawawi Bin Aznan - Perak 

Muhammad Alif Adlie Bin Mat Zin - Perak

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com