Tazkirah Hari Ini....

roboteam

Kepulangan PSIS Roboteam disambut oleh Dato' Ketua Pengarah JPPKK.

 

TAICHUNG 5 – 13 Ogos 2018 – PSIS Roboteam menggalas tanggungjawab mewakili kontinjen Politeknik Malaysia bagi tiga kategori iaitu Simurosot, Robosot dan Androsot ke Kejohanan 23rd FIRA Roboworld Cup 2018 yang berlangsung di Feng Chia University, Taichung, Taiwan. Seramai 5 orang pegawai dan 11 orang pelajar PSIS mewakili negara ke kejohanan tersebut.

Siri kejohanan kali ini telah disertai sebanyak 1,200 orang peserta dari 10 buah negara dan menyaksikan kontinjen Politeknik Malaysia unggul di hadapan dengan menggondol sembilan pingat emas mengenepikan negara China (lima), Indonesia (lima), Taiwan (empat), Korea (dua) dan masing-masing satu bagi Brazil, Rusia dan Filipina. PSIS Roboteam sendiri menyumbangkan 3 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa daripada keseluruhan pingat Politeknik Malaysia iaitu 9 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa sekaligus menjadi penyumbang pingat Emas terbanyak kontinjen.

Kredit kepada FB FIRA Politeknik Malaysia

Berikut adalah LAPORAN PENUH PSIS Roboteam ke 23rd FIRA Roboworld Cup 2018

Sisipan akhbar Berita Harian (Selasa, 24 Ogos 2018) - Politeknik Malaysia menyerlah di pentas antarabangsa.

Tweet YB Menteri Pendidikan Malaysia Maszlee Malik.

Laporan oleh: Mohd Zul Fahmi Bin Mohd Zawawi dan Mohd Zeid Bin Abu Bakar

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com