Tazkirah Hari Ini....

IMG 2039

TPSA, KJKE, para pensyarah pembimbing dan pelajar menunjukkan Piala Pusingan FIRA Malaysia Cup yang kini milik PSIS.

MERSING 28 Apr. - 3 Mei 2018 - Pasukan PSIS Roboteam telah menyertai 11th FIRA Malaysia Cup 2018 di Politeknik Mersing Johor (PMJ). Kejohanan anjuran PMJ dan Jabatan Pendidikan Politeknik Kolej Komuniti (JPPKK) ini telah disertai oleh 23 buah pasukan institusi pengajian tinggi daripada seluruh Malaysia. Pada siri kejohanan kali ini, PSIS Roboteam telah membuat kejutan dengan muncul sebagai juara keseluruhan dengan memungut 6 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan. Saingan kejohanan kali ini dilihat lebih sengit dengan beberapa pasukan berjaya memecahkan  dominasi pasukan-pasukan tradisi. Taburan pingat juga adalah lebih sekata dengan kewujudan beberapa kategori baru.

Pasukan PSIS Roboteam telah menyertai kesemua enam kategori yang dipertandingkan dan berjaya menguasai tiga daripadanya iaitu ANDROSOT, ROBOSOT dan SIMUROSOT serta bakal mewakili Malaysia ke Taichung, Taiwan bagi kategori tersebut semasa kejohanan FIRA RoboWorld Cup 2018 nanti. Selain daripada 32 orang pelajar PSIS, PSIS Roboteam turut disertai oleh 4 orang pelajar sekolah menengah iaitu masing-masing 2 orang pelajar dari Sekolah Agama Menengah Parit Baru dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam bagi kategori MYBOT. Secara keseluruhannya pasukan PSIS Roboteam telah mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam setiap kategori yang disertai dan berjaya mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari di politeknik.

 

Credit to UIDM Politeknik Mersing, Johor

 

Berikut adalah LAPORAN PENUH PSIS Roboteam ke 11th FIRA Malaysia Cup 2018.

Laporan oleh: MOHD ZEID BIN ABU BAKAR, JKE

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com