Tazkirah Hari Ini....

                                  berita utusanFB Dato YBen nizam

Paparan di Media Sosial oleh Utusan Malaysia dan Facebook

Nama Aktiviti                         : Pertandingan 21ST FIRA RoboWorld Cup 2016

Latar belakang :

Pertandingan peringkat antarabangsa ini adalah merupakan siri yang ke 21 dan berlangsung setiap tahun. Pasukan Politeknik Malaysia yang terpilih adalah seperti Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Politeknik Port Dickson (PPD), Politeknik Balik Pulau (PBU), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) serta Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Pemilihan ini adalah berdasarkan rekod cemerlang politeknik terbabit  dalam pertandingan peringkat kebangsaan dalam kategori Androsot, HuroCup, Simurosot dan Robosot.

Para pelajar yang mewakili PSIS adalah gabungan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK). Seramai 7 orang pelajar keseluruhan yang mewakili PSIS dalam kejohanan kali ini. Kemahiran pengaturcaraan dan pengendalian robot akan diuji untuk bersaing dengan acara Simurisot dan Androsot. Bakat terpendam peserta akan digilap terutamanya dalam bidang pengaturcaraan, mekatronik serta elektronik.

Butiran Aktiviti :

 

Tempat                 : Grand E-Poch City, China

Peringkat              : Antarabangsa

Bil. Peserta PSIS   : 7 Pelajar

Bil. Pegawai          : 6 staf

Bil. Kategori          : 2 ( Simurosot & Androsot)

Bil. Penyertaan     : 10 buah Negara (Antaranya China, Argentina, Taiwan, Korea Selatan, India, Malaysia, Filipina, Mexico

Keputusan Pertandingan:       : 2 Perak dan 1 Gangsa (3 Pingat)

Kejayaan ini dapat memberi motivasi kepada generasi pelapis pasukan Robotik PSIS, para pelajar dan para pensyarah bagi merebut peluang dalam meningkatkan kemahiran individu disamping membantu menaikkan nama Politeknik di arena antarabangsa.

Terima kasih kepada Puan Pengarah, Hjh. Norehan binti Md Shariff, TPSA , TPA, KJHEP, KJKE dan KJTMK serta pihak pengurusan PSIS yang memberi sokongan dan dorongan sehingga kami berjaya sehingga di tahap ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Teknologi & Maklumat yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan mendoakan pasukan Politeknik Malaysia. Semoga kejayaan ini akan berterusan di masa akan datang.

Disediakan oleh :                                                         

(MOHD FARHAN ‘UZAIR BIN PAISAN)                                                                                    

PENYELARAS ROBOT SOCCER PSIS

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com