Tazkirah Hari Ini....

Wataniah
PASIR GUDANG 5 - 19 Nov. - Pasukan Askar Wataniah Politeknik Sultan Idris Shah (AW-PSIS) telah menyertai Malaysian Polytechnic Territorial Army Camp (MalPTAAC) buat julung kalinya. MalPTAAC bagi Siri 11/2016 ini telah dianjurkan di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dengan kerjasama Markas Tentera Darat – Bahagian Pasukan Simpanan (MK TD – BPS) dan disertai sebanyak 17 politeknik. AW-PSIS menamatkan cabaran dengan menduduki tempat ke-5 keseluruhan dengan pungutan mata sebanyak 69.61 dalam pelbagai acara yang dipertandingkan. Antara acara yang dipertandingkan adalah pertandingan kawad kaki dan senjata, menembak raifal M16, road relay dan acara sukan seperti badminton, bola tampar dan petanque. Secara keseluruhannya pasukan AW-PSIS telah mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam setiap acara yang disertai. Antara anggota yang menonjol dan mengharumkan nama PSIS adalah 6239349 Lan Koperal Muhammad Saidi Bin Abd Razak yang dinobatkan sebagai Ketua Perbarisan Terbaik semasa pertandingan kawad kaki dan senjata dan 6246064  Prebet Muhammad Aiman Bin Komari yang menjadi Johan keseluruhan menembak raifal M16 (Praktis 2 - 200m 4 kedudukan) kategori individu. AW-PSIS juga tidak kurang hebatnya dalam acara sukan kerana berupaya menduduki tempat ke-4 keseluruhan masing-masing bagi acara badminton beregu (L), badminton beregu (P) dan petanque triple. Selain itu, AW-PSIS juga telah menjalankan latihan medan yang berkonsepkan Counter Insurgency Warfare (CIW) di Hutan Simpan Panti, Kota Tinggi dan mempraktikkan Ilmu Medan Perang (IMP) yang telah dipelajari.  
 

 

Klik Sini Untuk Laporan Penuh

Laporan oleh: Mohd Zeid Bin Abu Bakar

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com