JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE) merupakan salah satu daripada 7 jabatan induk di PSIS, jabatan ini berperanan untuk memberikan pendedahan ilmu kejuruteraan elektrik kepada para pelajar bagi melahirkan graduan separa professional yang berketrampilan dan berdaya saing.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat baginda sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, kerana taufik dan hidayah-Nya, laman web Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor ini dapat dikemaskini. Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya para pensyarah dan sidang pentadbir laman web ini atas komitmen yang diberikan untuk membangunkan laman untuk manfaat warga JKE dan komuniti Politeknik khususnya.
Di dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan kini, di mana maklumat boleh diperolehi di hujung jari, maka peranan yang boleh dimainkan oleh laman web JKE ini amatlah besar sekali bukan sahaja sebagai satu saluran untuk menyampaikan maklumat kepada warga JKE tetapi juga untuk menyokong proses pembelajaran dan pengajaran seharian. Kesemua perkembangan yang berkaitan dengan ICT menunjukkan masyarakat dunia pada hari ini telah mula membudayakan laman maya sebagai pusat rujukan yang mudah, cepat dan berinformasi. Malah kita akan menjadi ketinggalan jika sekiranya kita tidak licik menggunakan sistem atau aplikasi yang terdapat di internet untuk mencari, mengumpul dan menguruskan maklumat. Oleh itu, saranan saya kepada semua warga JKE agar selalu melayari laman web ini dan sekaligus memberi sokongan kepada kejayaan dan kelangsungan laman web JKE ini.
Adalah menjadi harapan saya agar laman web ini akan selalu dikemaskini agar maklumat yang ingin disampaikan adalah yang terkini. Saya berbangga kerana hambatan mengejar arus perkembangan bidang pendidikan yang sentiasa berubah mengikut keperluan semasa, para pensyarah dan pelajar masih lagi mampu mengorbankan masa dan tenaga bagi membangunkan laman ini. Akhir kata, saya berharap laman web JKE ini dapat memperkukuh dan mempertingkatkan kualiti pendidikan di samping memberi peluang kepada para pelajar untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Sekian, terima kasih.
"SELAMAT MAJU JAYA"
HAIRULANUAR BIN ROSMAN
Ketua Jabatan,
Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Sultan Idris Shah.
Kategori lulusan | : SPM dan setaraf (Politeknik Konvensional & METrO) | ||
Program | : DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER) | ||
iii. SATU (1) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya 3. Tidak buta warna. |
Kategori lulusan | : SPM dan setaraf (Politeknik Konvensional & METrO) | ||
Program | : DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI) | ||
iii. SATU (1) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya 3. Tidak buta warna. |
Tiada artikel dalam kategori ini. Jika sub-kategori dipaparkan di laman ini, ia mungkin mengandungi artikel.
![]() |