Selamat datang ke Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM (JKA) berperanan sebagai salah satu jabatan induk di antara 7 jabatan yang terdapat di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS. JKA komited dalam memastikan pelajar-pelajar terdedah kepada sumber ilmu terbaharu, optimis serta berdaya saing dalam kerjaya selepas menjadi graduan.
Salam Sejahtera,
Jabatan Kejuruteraan Awam PSIS telah memulakan operasinya pada Julai 2004, dengan hanya diterajui oleh 12 orang pengajar, namun bilangan staf kian bertambah dan pada hari ini jabatan ini mempunyai 63 orang tenaga pengajar serta 2 orang staf sokongan. Bilangan pelajar kini juga telah menjangkau hampir 1212 orang pelajar yang terdiri daripada jurusan Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar serta Diploma Senibina.
VISI JKA PSIS
MENYEDIAKAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN DI BIDANG KEJURUTERAAN AWAM KE ARAH MENJADI PUSAT RUJUKAN TVET MENJELANG 2020
MISI JKA PSIS
MELAKSANAKAN OUTCOME BASED LEARNING (OBE) DAN MEJALANKAN AKTIVITI BERIMPAK TINGGI BAGI MENCAPAI MISI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Jabatan Kejuruteraan Awam menawarkan 3 program;
• Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)
• Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar (DAS)
• Diploma Seni Bina (DSB)
Program Kejuruteraan Awam (DKA)
Ketua Program DKA: PUAN SITI FARAH WAHIDA BINTI MOHAMED
Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan ilmu dan kemahiran dan memahami alam sekitar, industri pembinaan, reka bentuk pembinaan dan pembangunan infrastruktur kejuruteraan awam. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi akan berguna untuk berjaya dalam pekerjaan di masa hadapan. Pelajar juga diberi pengetahuan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pelajar turut didedahkan kepada kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan supaya graduan akan berkomunikasi, berinteraksi dan menyumbang secara berkesan sebagai ahli pasukan. Sebanyak 26 kursus ditawarkan di JKA PSIS ini dan mulai sesi Disember 2017 dan Jun 2018.
Program Kejuruteraan Alam Sekitar (DAS)
Ketua Program DAS: ENCIK KHAIROOL ANWAR BIN ALIAS
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar dengan memberi penekanan kepada khusus kepada aspek Sistem Pengurusan Bekalan Air dan Air Sisa, Pengurusan Pencemaran Bunyi dan Udara, Pengurusan Sisa Pepejal dan Sisa Berjadual serta Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.Pelajar perlu menghadiri kuliah bagi proses pembelajaran teori dan melakukan kerja praktikal dalam makmal. Terdapat 29 jumlah keseluruhan kursus yang ditawarkan melalui program Kejuruteraan Alam Sekitar.
Program Seni Bina (DSB)
Ketua Program DSB: CIK MAZARINA BINTI MD ZAIN
Program Diploma selama tiga tahun ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran di dalam industri alam bina dengan lebih efektif di samping memberi ruang dan peluang pelajar untuk menempatkan diri ke peringkat ijazah. Para pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran seni bina mengikut keperluan dan kehendak industri. Pengetahuan dan kemahiran ini membentuk rasa tanggungjawab dan sumbangan pelajar terhadap kualiti alam bina dan kerjaya industri rekabentuk bangunan. Program ini juga akan mempertingkatkan kefahaman pelajar terhadap amalan profesional senibina termasuklah perlaksanaan dan pembangunan kemahiran berpasukan melalui pengajaran rekabentuk senibina berasaskan projek-projek studio. Projek-projek ini akan melibatkan aplikasi dan integrasi pengetahuan dan kemahiran dalam kursus-kursus berkaitan teknologi, alam sekitar, konteks budaya, komunikasi, amalan pengurusan dan undang-undang. Terdapat 27 kursus ditawarkan melalui program Kejuruteraan Awam.
Sekian, terima kasih.
PUAN SAEDAH JOHNNY NOAKES
Ketua Jabatan,
Jabatan Kejuruteraan Awam,
Politeknik Sultan Idris Shah.
Program pengajian Diploma Kejuruteraan Awam direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang kejuruteraan awam. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di tapak binaan yang meliputi skop kerja di dalam industri pembinaan yang merangkumi aspek penggunaan bahan dan teknologi pembinaan, reka bentuk struktur dan kaedah binaan, undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta penjagaan alam sekitar. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan awam.
Program pengajian Diploma Seni Bina direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah lakuyang diperlukan dalam bidang seni bina.Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian inidijalankan di bilik kuliah, studio dan industriberkaitan dengan skop kerja reka bentuk seni bina dan teknologi binaan berdasarkan kehendak pelanggan ataupun keperluan industri. Program pengajian ini membentuk pelajar dalam memahami konsep, prinsip reka bentuk dan lukisan pelan serta menerapkan daya kreativiti dalam mengintegrasikan hubung kait dengan keadaan persekitaran, konteks budaya, penggunaan bahan dan teknologi binaan, undang-undang dan amalan profesional dalam bidang seni bina. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang seni bina.
Lulusan Pra Diploma Politeknik
1 | Sijil Politeknik Tahap 3, KKM |
Sijil Kejuruteraan Awam | |
Sijil Kejuruteraan Awam (Kerja Raya dan Kaji Air) | |
Sijil Kejuruteraan Awam (Lebuhraya) | |
Sijil Kejuruteraan Awam(Pembinaan) | |
Sijil Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan | |
Sijil Teknologi Berasaskan Kayu | |
2 | Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
Sijil Lukisan Senibina | |
Sijil Pelukis Pelan Senibina | |
Sijil Teknologi Pembinaan | |
Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan | |
Sijil Teknologi Senibina | |
3 | Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM |
Sijil Teknologi Kejuruteraan Bangunan | |
Sijil Teknologi Kejuruteraan Lukisan Struktur | |
4 | Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 *Perlu mengikuti program peralihan (bridging) yang ditetapkan |
Demolition Works Operation (BC-044-3:2014) | |
Grouting Supervisor (BC-048-3) | |
Pelukis Pelan Kanan Kejuruteraan Awam dan Struktur (B-040-3) | |
Pembinaan Bangunan Residensi (BC-030-3:2013) | |
Pembinaan Terowong (BC-065-3:2014) | |
Penyelia Awam & Struktur (CVS3) | |
Penyelia Bilik Bersih Drywall (DWC 3) | |
Penyelia Binaan Bangunan (B-010-3) | |
Penyelia Blok Dinding Ringan (BLK3) | |
Penyelia Driller Penyiasatan Tapak (SID3) | |
Penyelia Juru Kaca (GLZ3) | |
Penyelia Kekuda Bumbung (BC-380-3 / RTM3) | |
Penyelia Kerja Kerangka Aluminium (FWA 3) | |
Penyelia Keselamatan dan Kesihatan Tapak Binaan (CSH3) | |
Penyelia Konkrit Tuangan (Bangunan) (PCC3) | |
Penyelia Letupan & Pengecatan (PCB3) | |
Penyelia Masonry (BC-020-3 /MSR3) | |
Penyelia Paip & Kumbahan (PNS3) | |
Penyelia Panel Tuangan Ringan (LWP3) | |
Penyelia Pembahagi Drywall (DWP 3) | |
Penyelia Perancah (SCF3) | |
Penyelia Rektikulasi Air (PWR3) | |
Penyelia Siling (DCS 3) | |
Penyelia Sistem Kotakbentuk (FWK3) | |
Penyelia Struktur (BC-010-3 / STS3) | |
Penyelia Struktur Keluli (STE3) | |
Penyelia Struktur Keluli(Pembentukan Sejuk) (SCT3) | |
Penyelia Tukang Kayu (TCJ3) | |
Penyeliaan Kalis Air (BC-046-3:2013) | |
Penyeliaan Kemudahan Sisa Pepejal (LE-037-3:2014) | |
Penyeliaan Operasi Pengumpulan Sisa Pepejal (LE-031-3:2012) | |
Penyeliaan Operasi Sistem Rawatan Efluen Industri (LE-035-3:2013) | |
Penyeliaan Pemasangan & Fabrikasi Keluli Tahan Karat (BC-040-3:2013) | |
Piling Site Supervisor (PLS3) | |
Pre Stressing (BC-043-3:2014) | |
Sewerage Civil and Structure Supervisor (SWC3) | |
Signage Supervision (BC-045-3:2013) |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar
1 | Sijil Politeknik Tahap 3, KKM |
Sijil Seni Bina | |
2 | Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
Sijil Lukisan Senibina | |
Sijil Pelukis Pelan Senibina | |
Sijil Rekabentuk Dalaman | |
Sijil Teknologi Pembinaan | |
Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan | |
Sijil Teknologi Senibina | |
3 | Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM |
Sijil Senibina | |
4 | Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 |
Lukisan Pelan Senibina (BC-050-3:2013) | |
Pelukis Kanan Rekaan Dalaman (ID-040-3) | |
Pelukis Pelan Kanan Kejuruteraan Awam dan Struktur (B-040-3) | |
Pelukis Pelan Kanan Senibina (BC-050-3) | |
Pembinaan Bangunan Residensi (BC-030-3:2013) | |
Penyelia Awam & Struktur (CVS3) | |
Penyelia Bilik Bersih Drywall (DWC 3) | |
Penyelia Binaan Bangunan (B-010-3) | |
Penyelia Dekorasi Bangunan (PTD3) | |
Penyelia Masonry (BC-020-3 /MSR3) | |
Penyelia Pemasangan Siling Hiasan (ID-021-3) | |
Penyelia Pembahagi Drywall (DWP 3) | |
Penyelia Senibina & Bangunan (ARB3) | |
Penyelia Siling (DCS 3) | |
Penyelia Sistem Kotakbentuk (FWK3) | |
Penyelia Tukang Kayu (TCJ3) | |
SENIOR ARCHITECTURAL DRAUGHTSMAN (BC-050-3) | |
SENIOR INTERIOR DRAUGHTSMAN (B-120-3) |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar
![]() |