Tazkirah Hari Ini....

Food hotel bannerFood & Hotel, Thailand 2015 (FHT) merupakan pameran makanan, peralatan dan perkhidmatan dalam bidang makanan di Thailand. Acara ini dijalankan setiap tahun dan menghimpunkan semua pemain industri perkhidmatan makanan dari Thailand dan seluruh dunia. Acara yang berprestig ini yang telah dihadiri lebih kurang 10,000 orang pengujung dari secara dunia yang terdiri dari pembekal, pemborong, peruncit, peniaga dan pengguna dari industri perkhidmatan makanan dunia.

Salah sebuah aktiviti popular yang dijalankan ialah Thailand International Culinary Cup 2015 (TICC) . Pelbagai acara kulinari dipertandingkan dan antaranya masakan berasaskan daging kambing, daging lembu, itik, ayam, karangan laut, ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran, ukiran ais, pameran pencuci mulut dan banyak lagi.

Bagi acara ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran, dua kategori di tawarkan iaitu acara Berpasukan dan Praktikal Individu. Bagi acara berpasukan, 16 kumpulan telah mengambil bahagian manakala 34 orang pengukir bagi acara Pracktikal Individu. Pengukir-pengukir ini terdiri daripada chef-chef handalan Negara Thailand sendiri, Jepun, Taiwan dan Malaysia.

Disamping itu juga, acara ini diadili oleh chef yang berpengalaman dalam bidang kulinari dari negara Jepun dan Thailand. Mereka memberi markah dengan meneliti aspek-aspek tahap kesukaran, kesesuaian persembahan, kebersihan dan kreativiti.

Bagi Kontijen Malaysia, terdapat 7 orang pengukir mengambil bahagian di dalam dua acara iaitu berpasukan dan praktikal individu. Seorang daripadanya daripadanya dari Politeknik Malaysia iaitu Mohd Yusof Yaakob dan di bantu oleh Shahrizal Ahmad Selo yang juga pensyarah dari Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Sabak Bernam.

Keputusan

Acara Individu : Perak
Acara berpasukan : Perak

Laporan penuh Thailand International Culinary Cup 2015

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com