Tazkirah Hari Ini....

foodAsiaFestivalLogo

Asia Food Festival telah berlangsung selama 4 hari bermula dari 22-25 hb Oktober 2014 di
Subterranean Penang International Convention And Exhibition Centre (SPICE), Pulau Pinang.
Pelbagai aktiviti telah di sajikan kepada pengujung antaranya Pertandingan Asia's Latte Art Competition, MAH-Slumberland Bed Making Competition, , Citarasa Penang Street Food Extravaganza, Hospitality Conference, Asia Food Festival Photography, Military Field Cooking Showcase dan Battle of the Chef

Battle of the Chef (BOTC) merupakan acara tahunan yang di anjurkan oleh Persatuan Chef Pulau Pinang dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dengan kerjasama Persatuan Chef Malaysia (CAM) dan Kementerian Pelancongan Malaysia (MOT). Pertandingan dibahagikan kepada Penang Chefs Challenge, Master Chefs Challenge, Greenhorn Chefs Challenge, Tourism Malaysia Waiter Race, and Bar Flair @ Mixology Challenge

Pada tahun ini, BOTC telah menerima lebih kurang 1500 penyertaan bukan sahaja penyertaan dari chef-chef tempatan tetapi juga dari luar negara seperti India, Singapore, Thailand, Korea, Taiwan, USA, Jepun Filipina, China, Myanmar, Hong Kong, Maldive dan beberapa negara lagi.

Seperti edisi-edisi yang terdahulu, pertandingan ini juga telah diadili oleh chef-chef bertaraf antarabangsa yang di datangkan khas dari, Taiwan, China, Korea, Jerman, USA, India dan chef-chef tempatan juga.

3. Objektif/outcome

Di akhir pertandingan ini pensyarah dapat

i. Menguji, mempelajari dan pembaiki kemahiran dari peserta-peserta lain bagi dikongsikan kepada pelajar semasa P&P bagi kursus HH620 Culinary Artistry
ii. Mengetahui trend terbaru di dalam industri hospitaliti terutama dalam bidang seni kulinari yang sentiasa berkembang dengan pantas.
iii. Berkongsikan pengalaman bersaing dengan chef-chef antarabangsa untuk menyemai sikap daya saing di kalangan pelajar di dalam P&P kelak

4. Butiran aktiviti
                        a. Tarikh : 22 hingga 25 Oktober 2013
                        b. Hari : Selasa hingga Jumaat
                        c. Tentatif : Rujuk Lampiran
                        d. Tempat : SPICE, Penang
                        e. Anjuran : Chef Association of Malaysia, Penang Chapter dan Malaysian Association of Hotel (MAH)
                        f. Bilangan peserta : 1. Mohd yusof bin Yaakob
                                                        2. Shahrizal bin Ahmad Selo

5. Rumusan pelaksanaan aktiviti dan pencapaian terhadap objektif/outcome

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah diwakili oleh Mohd Yusof bin Yaakob dan di bantu oleh Shahrizal Ahmad Selo dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti di dalam Acara Display, Individu dan Berpasukan dalam kategori Ukiran Sayur-sayuran dan Buah-buahan.

Bagi acara paparan atau display, peserta dikehendaki menghantar dan menyiapkan produk mereka seawal jam 5.00 pagi dan berakhir jam 8.00 pagi. Walabagaimana persediaan untuk acara ini telah bermula empat hari sebelum pertandingan bermula. Ini kerana persediaan dari segi props dan gubahan seperti lobak merah boleh di buat lebih awal lagi. Malah, persediaan ini juga membuatkan beliau hanya tidur 3 jam sahaja bagi menyiapkan hasil gubahannya. Bertemakan Fairy Tales gubahan beliau telah memperolehi Sijil Diploma

Bagi acara individu, peserta dikehendaki menyiapkan ukiran daripada tembikai, tembikai susu, lobak merah dan keladi dalam masa 2 jam. Dalam acara ini Yusof telah merangkul pingat gangsa.

Manakala dalam acara kegemarannya iaitu berpasukan, peserta dikehendaki mengukir bahan yang sama seperti acara individu dan dua bahan tambahan iaitu labu dan betik dalam masa empat jam. Dalam acara ini beliau telah berjaya merangkul pingat Emas.

Penerima pingat bagi semua acara akan dinilai dan diberi markah oleh Juri yang professional dan berpegalaman luas di dalam bidang kulinari. Bagi membolehkan peserta menerima pingat emas peserta perlu memperoleh markah sebanyak di antara 90-100 markah. Manakala perak di antara 80-89 markah dan gangsa dari 70-79 markah. Bagi peserta yang mendapat markah di antara 60-69 markah mereka hanya layak menerima sijil diploma sahaja.

Bagi edisi ini, penglibatan pelajar tidak dapat dilakukan kerana bertembung dengan peperiksaan akhir.

Keseluruhannya, PSIS Berjaya membawa pulang satu emas, satu gangsa dan satu diploma

6. Cadangan penambahbaikan (CQI)

Diharap di masa akan datang, penyertaan dari pensyarah dan pelajar dapat dipertingkatkan dan peruntukan juga perlu ditambah lagi. Persediaan awal seperti latihan berterusan perlu dipertingkat lagi bagi memastikan lebih pingat diperolehi.

Disediakan oleh

MOHD YUSOF BIN YAAKOB
28 Okt 2014

 foodAsiaFestival1

 Yusof bersama pasangan dalam acara berpasukan

foodAsiaFestival2

 Gubahan Yusof dalam acara Indiviu yang merangkul pingat gangsa

foodAsiaFestival3

 Pingat dan Sijil yang diperolehi

foodAsiaFestival4

Yusof bersama Shahrizal Ahmad Selo yang membantu menguruskan pertandingan

foodAsiaFestival5

Gubahan di dalam Acara Display

foodAsiaFestival6

 Banner Penganjuran

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com