Tempat Ketiga (3) Dalam Pertandingan Mencipta Logo MDSB
Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah menganjurkan pertandingan merekabentuk logo dan mencipta motto bagi MDSB yang baharu dan telah disertai oleh pelajar-pelajar yang mengikuti kursus CA 301 Design 2 seramai 46 orang.
Tahniah kepada Sefhudin bin Halil kerana telah berjaya memenangi tempat ketiga bagi kategori Mencipta Motto MDSB dan menerima hadiah wang tunai RM 100 beserta plak dan sijil penyertaan dalam pertandingan pada Disember 2013 ini.