Satu majlis penyampaian hadiah Pertandingan Rekabentuk Arca Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah diadakan pada tarikh 3 Oktober 2014 bertempat di Dewan Megapuri, DBKL 1 dan majlis telah disempurnakan oleh Datuk Seri Haji Ahamad Phesal Bin haji Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Pelajar Program Seni Bina PSIS bersama pensyarah penyelia mereka telah memenangi pertandingan tersebut dan telah mendapat tempat ke-3 bagi kategori arca di Kampung Baru Kuala Lumpur.
PSIS merupakan satu-satunya IPT yang berjaya dianugerahkan ke peringkat akhir bersama-sama dengan peserta dari firma Akrkitek yang lain. Sehubungan dengan itu, produk arca ini akan dibina dan akan mejadi mercu tanda baru Bandaraya Kuala Lumpur dalam mempromosikan Pelancongan melalui Seni yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Sekalung tahniah buat pelajar Diploma Seni Bina iaitu, Nur Husainiah Binti Samsudin, Anisdah Huda Binti Ahmad Kamal serta pensyarahnya Zulhimi Bin Hussin kerana telah sekali lagi menaikkan nama PSIS secara amnya dan Program Seni Bina Khususnya ke peringkat yang lebih tinggi.