Tahniah diucapkan kepada Pasukan Sofbol Lelaki & Perempuan Politeknik Selangor iaitu gabungan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) kerana berjaya menyertai Kejohanan Liga Sofbol Politeknik KPM 2014 yang dianjurkan oleh Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) yang berlangsung pada 14 – 17 Ogos 2014 di padang sofbol, Politeknik Ibrahim Sultan. Pasukan Sofbol lelaki di bawah pengurus pasukan Encik Amirul Zaharin Bin Yusoff diwakili seramai 15 orang pelajar PSIS dan 2 orang pelajar PSA. Manakala Pasukan Sofbol perempuan pula di bawah pengurus pasukan Cik Norasmah Binti Abu@Awang diwakili oleh 15 orang pelajar PSIS dan 2 orang pelajar PSA.
Kejohanan Liga Sofbol Politeknik KPM 2014 disertai oleh 9 buah Politeknik mengikut negeri untuk pasukan lelaki iaitu Terengganu, Kedah, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Sarawak dan Perak. Manakala untuk pasukan perempuan disertai oleh 8 buah Politeknik iaitu Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Terengganu, Melaka, Selangor, Johor dan Pahang. Semua kejohanan ini diadakan di Padang Sofbol Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor.
Hasil keputusan Kejohanan Liga Sofbol Politeknik KPM 2014 adalah seperti berikut:
- Pasukan Sofbol Perempuan Politeknik Selangor mendapat tempat ke-3 daripada 8 buah pasukan.
- Pasukan Sofbol Lelaki Politeknik Selangor mendapat tempat ke-7 daripada 9 buah pasukan.
- Kejohanan Liga Sofbol Politeknik ini juga bertujuan untuk mengenalpasti pemain-pemain sofbol yang berpotensi untuk mewakili Pasukan Sofbol Majlis Sukan Politeknik (MSP) yang akan menyertai Kejohanan Sofbol “National Open” yang akan berlangsung pada 12 – 15 September 2014 di Penang Free School. Tahniah diucapkan kepada 5 orang pelajar Politeknik Selangor perempuan kerana berjaya terpilih untuk mewakili Pasukan Sofbol MSP iaitu 3 orang pelajar PSIS dan 2 orang pelajar PSA. Pelajar-pelajar yang terpilih adalah:
BIL |
NAMA |
NO PENDAFTARAN |
1. |
Lydia Natasha Binti Sanusi |
17DIP14F1069 (PSIS) |
2. |
Devy Yulea Binti Dekon Putra |
17DEP13F1022(PSIS) |
3. |
Hamiliyana Binti Haris |
17DHK13F1046 (PSIS) |
4. |
Fazeera Ayu Binti Mohammad Shaari |
08DPM14F1199 (PSA) |
5. |
Nurfarahin Binti Rahim |
08DPM14F1039 (PSA) |
Gambar-gambar sepanjang Kejohanan Liga Sofbol Politeknik KPM 2014 :