Pasukan Futsal Politeknik Selangor berjaya menjadi Johan Liga Futsal Politeknik Malaysia (LFPM) 2020 setelah menewaskan Politeknik Terengganu B dalam aksi final sebentar tadi. Kejohanan telah berlangsung bermula pada 13-18 Februari 2020 bertempat di Arena UPSI, Perak.
Berikut merupakan keputusan LFPM 2020 yang melibatkan pasukan Politeknik Selangor:
Seramai 4 orang pelajar PSIS telah mewakili Politeknik Selangor dalam pertandingan ini:
Tahniah dan syabas diucapkan
Kejohanan Olahraga MSP 2020 telah menutup tirainya pada 18 Februari 2020. Kejohanan ini dianjurkan oleh Politeknik Sultan Azlan Shah dan telah diadakan pada 13 hingga 18 Februari 2020 di Arena Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak. Sejumlah 13 Politeknik seluruh negara telah menyertai kejohanan ini dan Politeknik Perak telah menjadi Juara Keseluruhan dengan memenangi 7 Emas, 2 Emas dan 4 gangsa.
Manakala Politeknik Selangor pula menghantar 13 orang atlit dalam kejohanan ini. Seramai 6 orang pelajar/atlit dari Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) mewakili pasukan Politeknik Selangor. Seorang pelajar PSIS telah memenangi pingat Emas di dalam acara 5000m lelaki dan pingat gangsa dalam acara 1500m lelaki. Beliau adalah Muhammad Nadzir Arsyad bin Azmin, pelajar semester 2 jurusan Kejuruteraan Awam.
Secara keseluruhanya dengan pingat yang telah dimenangi ini Politeknik Selangor menduduki tangga ke-9. Ini merupakan prestasi terbaik Politeknik Selangor dalam Kejohanan Olahraga MSP 2020.
Politeknik Sultan Idris Shah telah menyertai Pertandingan Structural Earthquake Stability Competition 6.0 (SES VI) yang diadakan di UTAR Kampus Sungai Long pada 15 February 2020 yang lalu.
PSIS telah diwakilï oleh 2 kumpulan iaitu PSIS A dan PSIS B dan PSIS A telah mendapat tempat 1st Runner Up daripada 31 kumpulan yg bertanding dengan jumlah markah 83/100.
Pensyarah pengiring : En Ahmad Zaiyad Bin Idrus dan Pn Zawani Binti Abu Rais
Tahniah PSIS!
#2020PSISTERUSJUARA
#PSISDesigningYourFuture
Sekalung tahniah dan penghargaan dari semua warga PSIS buat 2 kumpulan inovator (pensyarah) dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) PSIS di atas kejayaan memperoleh Anugerah Gangsa di Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx2020). Program pertandingan inovasi peringkat antarabangsa ini dianjurkan oleh National Research Council of Thailand (NRCT) bersempena Thailand Inventors' Day 2020 yang berlangsung pada 2-6 Februari di Bangkok, Thailand.
Tajuk Inovasi: Augmented Reality (AR) in Teaching and Learning Accounting: Accounting MazingInovator: Mas Rehan Binti Mahmudi, Nurul Fathiah Sufiah Binti Mohd Najhan & Puteri Nurhafizah Binti SulaimanPencapaian: Anugerah Gangsa
Tajuk Inovasi: Augmented Reality for Tourist Guide in Teaching and Learning Inovator: Noorazyla Binti Mohd Nasri, Shufiah Binti Mustapa, Noranira Binti Maamin & Safiza Binti Alfian YusofPencapaian: Anugerah Gangsa
Semoga kejayaan di awal tahun 2020 ini dapat mendorong dan memotivasikan semua staf dan pelajar di PSIS untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan dan menghasilkan inovasi produk dan idea/perkhidmatan khususnya di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran ke arah melestari ekosistem penyelidikan dan inovasi.
TAHNIAH!
"PSIS: DESIGNING YOUR FUTURE""2020: PSIS TERUS JUARA"
Pasukan Politeknik Sultan Idris Shah telah berjaya menjadi Juara dalam Perlawanan Akhir Mobile Legend, Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) E-Sport Championship 2019 yang diadakan pada 15 Disember 2019. Pasukan Politeknik Sultan Idris Shah telah berjaya menjadi Juara dalam Perlawanan Akhir Mobile Legend, Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) E-Sport Championship 2019 yang diadakan pada 15 Disember 2019.
Pasukan Politeknik Sultan Idris Shah telah menewaskan pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2-1. Terdahulu, pada pusingan kedua, PSIS tewas 2-1 kepada UIAM namun PSIS bangkit kembali dengan menewaskan pasukan UiTM B & UiTM A pada pusingan 3 & 4 seterusnya menewaskan UIAM 2-1 dengan perlawanan yang sangat sengit. Tahniah Politeknik Sultan Idris Shah
Halaman 1 dari 4