Tazkirah Hari Ini....

Soalan Lazim

Permohonan  Tenaga Pengajar?

Semua permohonan untuk menjadi tenaga pengajar di politeknik seluruh Malaysia adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.Permohonan adalah secara online ( http://www.spp.gov.my ) . Tuan/Puan boleh melayari laman web Suruhanjaya untuk membuat permohonan. Politeknik hanya menerima pensyarah yang telah dilantik oleh Suruhanjaya ini.

Kemudahan Mesin ATM

Terdapat dua (2) buah mesin ATM disediakan di kawasan PSIS; satu mesin ATM Agro Bank di bangunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan satu mesin ATM Bank Islam di Pintu Masuk PSIS.

Berapa yuran kemasukan ke Politeknik, KPTM?

Bayaran yuran kemasukan adalah seperti berikut:

i. Yuran Pengajian : RM200.00 per semester

ii. Yuran Asrama : RM60.00 per semester

iii. Yuran Pendaftaran : Anggaran RM500.00 per semester

Kehilangan Transkrip Peperiksaan

Soalan:Saya nak tanya bagaimana cara untuk saya mendapat kan sijil diploma dan sijil keputusan setiap semester saya di politeknik..sebab semua sijil-sijil saya telah terbakar/banjir dan saya sangat-sangat memerlukan sijil-sijil ini semula untuk proses mencari kerja.

Jawapan:Tuan/Puan boleh mendapatkan salinan dokumen peperiksaan tuan dari Unit Peperiksaan dengan mengemukakan surat permohonan rasmi kepada Pegawai Peperiksaan, PSIS.

Unit Peperiksaan PSIS terletak di bangunan Pentadbiran, PSIS.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pegawai di Unit Peperiksaan di nombor talian terus pada waktu pejabat iaitu, 03-3280 6237 (Operator Unit Peperiksaan) atau 03-3280 6235/6236/6241

KURSUS SECARA SAMBILAN (KSS)

 1. Adakah PSIS menawarkan diploma secara sambilan?

Tidak.

LOKASI PSIS

Dimanakah lokasi PSIS ?

Sila klik untuk Peta Lokasi PSIS [ PETA ]

Kemasukan Ke Politeknik

Soalan: Saya telah mengambil Sijil Pengurusan di Kuala Lumpur dan sijil tersebut diiktirafkan kerajaan. Saya ingin menyambung diploma ke politeknik. Tetapi kelulusan SPM kurang dengan hanya 2 kredit kecuali BM hanya lulus sahaja. Bolehkah saya melanjutkan diploma dipoliteknik itu.

Jawapan: Terima kasih kerana saudara berminat untuk menyambung pengajian di politeknik. Untuk mengetahui tentang maklumat lanjut kemasukan ke politeknik sila layari laman sesawang http://www.politeknik.edu.my

Bilakah pengambilan pelajar dilakukan / bilakah permohonan boleh dibuat dan bagaimanakah caranya?

Pengambilan pelajar baru akan dimaklumkan melalui akhbar-akhbar utama dan portal resmi Bahagian Ambilan Pelajar mengikut ketetapan yang telah dibuat oleh Bahagian tersebut. Sila rujuk portal  http://www.politeknik.edu.my

Apakah kelayakan pelajar untuk mendapat tempat di asrama, dan adakah makanan disediakan di asrama?

Keutamaan akan diberikan kepada pelajar semester 1, perempuan dan pelajar lelaki yang menetap di luar Negeri Selangor. Makanan ditanggung sendiri oleh pelajar.

Adakah politeknik menawarkan tempat untuk lulusan Sijil Kolej Komuniti?

Ya, anda boleh mengikuti Program Diploma lepasan sijil kolej Komuniti di PSIS mengikut Program-Program yang tersenarai di para 1 di atas. Untuk Syarat Kelayakan Masuk dan cara permohonan bagi Semua Program Lulusan Sijil Kolej Komuniti, sila rujuk maklumat terkini di portal Bahagian Pengurusan Politeknik KPT, http://www.politeknik.edu.my

Apakah syarat untuk lulusan sijil politeknik bagi meyambung pengajian ke Program diploma di mana-mana politeknik?

Syarat kemasukan bagi Program Diploma Lepasan Sijil Politeknik ialah calon dikehendaki mempunyai Himpunan Purata Nilai Mata bersamaan 2.00 dan ke atas. Sila rujuk portal Bahagian Ambilan Pelajar Politeknik KPT di http://www.politeknik.edu.my

Bolehkah pembelajaran dibuat secara sambilan di Politeknik Sultan Idris Shah, dan apakah syaratnya?

Pelajar boleh mengikuti kursus yang dinamakan Kursus Secara Sambilan (KSS). Pelajar hendaklah lulus SIJIL POLITEKNIK KPTM serta memenuhi syarat minimum Himpunan Purata Nilaian Mata (HNPNM) 2.50 atau telah mempunyai pengalaman kerja selama sekurang-kurangnya tiga (3) tahun

9)            Berapakan jumlah yuran pengajian untuk mengikuti program di Politeknik Sultan Idris Shah?

1.            Yuran Pengajian - RM 200 setiap semester

2.            Bayaran Pendaftaran - dianggarkan RM 600 (dibayar semasa mula-mula mendaftar sahaja)

10)         Siapakah yang membiayai pelajar-pelajar Politeknik?

Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah kebanyakannya ditaja oleh PTPTN, walaubagaimana pun terdapat juga penaja-penaja lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Yayasan Negeri-Negeri, Kuok Foundation serta Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

11)         Apakah peraturan pakaian dan rupa diri pelajar?

Secara umumnya, pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan sopan.

12)         Di manakah pelajar boleh mendapatkan peralatan pengajian, terutama bagi pelajar-pelajar kursus kejuruteraan?

Pelajar boleh membeli di kedai koperasi Politeknik Sultan Idris Shah atau di kedai-kedai buku berhampiran.

13)         Adakah pelajar - pelajar baru akan menjalani Minggu Suaikenal?

Ya, pelajar - pelajar baru diwajibkan menjalani Minggu Suaikenal selama satu (1) minggu sejurus selepas pendaftaran.

SOALAN :

Saya pelajar JTMK Semester 2 Sesi Disember 2013 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) ingin memohon berpindah ke Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor (PSIS) dalam Program yang sama. Saya amat perlu berpindah kerana perlu menjaga ibu tunggal saya yang telah uzur. Bagaimana ia boleh dilakukan?

JAWAPAN :

Langkah yang perlu diambil untuk permohonan pertukaran politeknik.

  1. Hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) PTSS untuk mengisi borang pertukaran
  2. Minta Sokongan PA dan KJ Akademik Jabatan saudara
  3. Setelah selesai, hantar semula ke JHEP PTSS beserta surat sebab / alasan kenapa perlu bertukar politeknik.
  4. Ketua Jabatan HEP perlu membuat sokongan dan seterusnya memajukan borang pertukaran berkenaan kpd Pengarah PTSS untuk kelulusan dalaman PTSS
  5. Selesai semua di atas, pihak JHEP PTSS akan masukkan data dalam sistem JPP, KPM
  6. Keputusan akan dapat diketahui seawal 3 hari waktu bekerja dari kemasukan data
  7. Sekiranya lulus, saudara perlu buka laman web politeknik yang dipohon awal bulan Jun 2014 untuk pembayaran yuran sesi Jun 2014 dan tarikh lapor diri ke Politeknik yg dipohon
  8. Sekiranya gagal, saudara perlu membuat rayuan kepada Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya
* Keputusan pertukaran akan diberitahu oleh pihak JHEP PTSS. Hanya pihak PTSS dan politeknik yang dipohon sahaja yang dapat melihat keputusan permohonan pertukaran tersebut.
* Sekiranya ada sekatan dari PTSS utk permohonan pertukaran, sila bawa keluarga berjumpa dan berbincang dengan pihak JHEP PTSS bagi memudahkan permohonan ini.
* Segala urusan penilaian dan keputusan pertukaran dilaksanakan oleh pihak JPP, KPM Putrajaya. Bukan dari PTSS atau politeknik yag dipohon.

JHEP, PSIS.


 

SOALAN :

Saya ingin tahu berkenaan kemudahan Kolej Kediaman (Asrama) Pelajar PSIS. Asrama di PSIS disediakan untuk sepanjang semester ataupun hanya untuk SATU SEMESTER sahaja?

JAWAPAN :

Kemudahan penginapan di Kolej Kediaman Pelajar adalah berdasarkan kriteria berikut,

  1. Kemudahan penginapan di Kolej Kediaman (Asrama) Pelajar PSIS bagi pelajar Semester Satu (1) adalah disediakan secara automatik.
  2. Untuk Semester Dua (2) hingga Semester Enam (6), kemudahan penginapan disediakan berdasarkan MERIT pelajar tersebut.
  3. Pelajar yang sentiasa patuh dengan peraturan Kolej Kediaman, aktif dalam program kamsis / gotong royong / menghadiri solat bejemaah di Pusat Islam / keluar dan masuk politeknik mengikut masa yang ditetapkan dan berbagai lagi program di Kolej Kediaman Pelajar khususnya atau peringkat PSIS amnya.
  4. Jika pelajar seorang yang sentiasa patuh dengan peraturan di PSIS / Kolej Kediaman dan menjaga disiplin, sudah pasti pelajar akan ditawarkan/layak untuk menginap di Kolej Kediaman Pelajar untuk tahun-tahun berikutnya.

 

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com