Tazkirah Hari Ini....

Keratan Akhbar

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) Datuk Mohlis Jaafar berkata, kajian hampir setiap tahun itu turut mendapati secara puratanya lulusan politeknik mudah diterima bekerja. Beliau berkata, berdasarkan kajian dibuat itu, kira-kira 76 peratus daripada graduan politeknik diterima bekerja di pasaran, manakala bakinya menyambung pengajian di universiti tempatan dan swasta.

"Kami menyasarkan peningkatan kadar kebolehpasaran bagi siswazah politeknik di seluruh negara mencecah 85 peratus menjelang 2015."

"Sasaran itu mampu dicapai berdasarkan statistik dikeluarkan ketika ini, malah sasaran itu selari dengan pelaksanaan program transformasi politeknik dijalankan sepanjang tempoh berkenaan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Politeknik Metro Tasek Gelugor dan Politeknik Kota Bharu dengan Indeworkshop Sdn Bhd; Quark Energy System Sdn Bhd dan Everise Crimson Sdn Bhd di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Indeworkshop Sdn Bhd Shazrol Suhaime, Ketua Pegawai Eksekutif Quark Energy System Sdn Bhd Amir Irwan Bahruddin dan Pengurus Besar Everise Crimson Sdn Bhd Ruzilah Kamaruzaman.

Dalam ucapannya, Mohlis berkata, politeknik memainkan peranan signifikan menjana modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan tenaga pekerja separa profesional dan eksekutif pertengahan.

Petikan adalah ihsan dari myMetro, Oleh Ainul Fatihah Mansor Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. , http://www.hmetro.com.my/

Keratan Akhbar Konvokesyen PSIS Ke-9 2014

Keratan Akhbar Berita Harian : 2003 Graduan PSIS menerima Diploma di Majlis Konvokesyen Ke-9 PSIS 2014

Konvokesyen ke-9 PSIS

PSIS Memenangi Pertandingan Bola Sepak Robot, Raih Tempat Ketiga, Saingi 32 Pasukan.

Keratan Berita Harian Kejayaan PSIS - FIRA ROBOWORLD 2013

PROGRAM SANTUNAN MESRA POLITEKNIK DI RUMAH ANAK YATIM SEKENDI

santunan mesra sinar harian

Keratan akhbar daripada Berita Harian bertajuk : Khidmat Sosial PSIS Disanjung (Program CSR JKE, PSIS)

Keratan Akhbar Berita Harian

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com