Laman Web Kerajaan Malaysia
Politeknik Sultan Idris Shah's Official Website
Sungai Lang, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor
Tel: 03-32136666 Fax: 03-32136633
E-mail: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
PIONEERING.SUSTAINABLE.INNOVATIVE.SYNERGY
 
English (United Kingdom)
The Management Desk Perutusan Dato' Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Perutusan Dato' Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

There are no translations available.

Assalamualaikum dan salam sejahtera
16 Februari 2010...

Hanya sembilan hari saja lagi sabelum  tarikh 25 Februari 2010. Biarlah tarikh keramat ini akan terpahat dalam sejarah pendidikan politeknik sebagai ‘a giant step‘ dalam memartabatkan politeknik dalam lanskap pendidikan tanah air.  Semua warga politeknik seharusnya sama-sama menyambut pelancaran transformasi politeknik ini  dengan rasa penuh kegembiraan dan kepuasan  kerana perjuangan untuk memartabatkan politeknik akhirnya telah mendapat pengiktiraf oleh kerajaan. Dengan kesediaan kerajaan untuk bersetuju dengan sekim DH adalah satu permulaan yang positif kearah  transformasi ini. InsyaAllah ciri-ciri sekim tersebut akan mendapat penambahbaikan dari masa kesemasa saperti yang dimaklumkan oleh YBM baru-baru ini.

Sebenarnya pelan transformasi yang akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri  telah melalui  proses yang agak comprehensive dengan mendapatkan pandangan pelbagai pemegang taruh. Untuk memastikan kita tidak  hilang fokus, yang terakhir kita telah mendapat maklumbalas  sekumpulan peneraju industry dalam majlis ‘round-table’.  Secara umumnya pelan transformasi  telah mendapat kata sepakat dari semua pihak yang berkepentingan. Apa yang lebih penting  ialah penterjemahannya akan menghasilkan sesuatu berimpak  tinggi dan mengikut sasaran yang ditetapkan. Kita perlu bergerak dengan lebih pantas, apatah lagi dengan begitu banyak KPI yang perlu dicapai dalam masa yang terbatas. Gaya dan rentak lama tidak boleh diterima lagi. Setiap individu perlu bergerak dengan motivasi yang digerak secara dalaman. Keinginan untuk maju harus ditanamkan dikalangan semua warga politeknik. Kita seharusnya mengelak bekerja dengan melibatkan  begitu ramai pegawai untuk sesuatu projek  atau  tugas. Kaedah  ‘lean and mean’ dengan hanya beberapa pegawai sahaja untuk sesuatu tugas perlu menjadi budaya kerja masa depan. Sebenarnya dengan bekerja dalam kumpulan yang lebih kecil peluang untuk kita melibatkan diri secara langsung dengan sesuatu tugas akan menyebabkan kemahiran diri dapat  ditingkatkan.

Saya  percaya pegawai-pegawai yang memohon untuk kenaikan pangkat kali ini telah berada pada peringkat akhir  dalam penyediakan  dokumen-dokumen untuk  diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia.  Harapan saya agar mereka akan dapat menyediakannya dengan sesempurna mungkin. Dengan kenaikan pangkat kali ini akan berakhirlah suara-suara yang memperkecilkan sekim ini  dan mendakwa  ianya tidak lebih baik dari sekim DG. Namun demikian tidak dinafikan sesuatu yang baru tidaklah sesempurna saperti yang kita harapkan, tetapi ianya satu permulaan yang akan membawa harapan baru untuk pensyarah polteknik dan kolej komuniti. Sekiranya kita dapat buktikan pencapaian pensyarah politeknik menunjukkan satu peningkatan positif  luar jangkaan saya yakin banyak lagi permohonan kita akan dihalusi dan akhirnya diterima oleh kerajaan. Seseorang tidak akan dipertimbangkan ganjaran yang lebih baik sekiranya  produktiviti tidak menunjukan hasil  yang meningkat, ibarat seorang pekerja yang berjanji akan  bekerja keras hanya sekiranya gajinya akan dinaikan.

Perjalanan untuk memartabatkan Politeknik masih jauh lagi. Kita telah melalui perjalanan empat puluh tahun dengan pelbagai onak dan duri yang ditemui. Saya yakin kita ingin melihat politeknik akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan institusi saperti universiti. Cabaran yang diberi oleh YBM untuk politeknik dilihat sabagai laluan alternative dan bukan sebagai  laluan kedua selepas university akan tercapai dengan komitmen  semua warga.  Sekian, terima kasih.

Visitors Number

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1897
mod_vvisit_counterLast month23803

Date: Jul 29, 2010

Who's Online?

We have 116 guests online

Cursory

There are no translations available.

Tahukah anda bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa ke - 4 yang paling banyak dituturkan didunia selain Bahasa Inggeris, Sepanyol dan Mandarin.

Poll

Your Comment on 5th Convocation Festival