Tazkirah Hari Ini....

Selamat Datang Belajar Baharu!

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2016

Sukacita diucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan anda ditawarkan tempat pengajian di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor Darul Ehsan.

Adalah dimaklumkan bahawa saudara/saudari ditawarkan kemudahan KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR.

Semua calon pelajar dikehendaki mematuhi dan melaksanakan perkara-perkara berikut:

  1. Menjelaskan semua pembayaran di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mengikut jumlah yang telah ditetapkan seperti dalam Jadual Pembayaran. Bayaran boleh dibuat mulai 27 MEI 2016 (JUMAAT)
  2. Sila MUAT-TURUN, CETAK, FAHAMI, LAKSANAKAN dan ISI perkara yang berkaitan didalam borang dan dokumen berikut:
    1. Surat Panggilan Pendaftaran Pelajar Baharu (sekiranya belum menerima surat dari PSIS)
    2. Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu
    3. Borang Pendaftaran Pelajar Baharu Politeknik
  3. Melayari laman web http://www.politeknik.edu.my untuk memuat turun dan mencetak Borang Pendaftaran Pelajar Baharu Politeknik KPM { (HEP 1 - HEP 6) }
  4. Melaksanakan proses pendaftaran on-line melalui SPMP (Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik) 36 jam selepas membuat pembayaran. Sila gunakan pautan "PENDAFTARAN PELAJAR BARU ON-LINE" dibawah untuk terus ke paparan tersebut. Cetakan slip pengesahan pendaftaran perlu dibawa pada hari pendaftaran. Sistem pendaftaran on-line akan diaktifkan mulai 27 MEI 2016 (JUMAAT). Tatacara pendaftaran on-line disediakan di dalam Buku Panduan Pendaftaran atau klik disini untuk melihat tatacara.

Proses pendaftaran akan berlangsung sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Jadual Pendaftaran yang disertakan. Kerjasama daripada anda dalam mematuhi masa pendaftaran amat diperlukan dan dihargai bagi memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar dan teratur.

SILA BUAT PENGESAHAN PENDAFTARAN SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM INI :

PENDAFTARAN PELAJAR BARU ON-LINE

 

Sekian, selamat belajar dan semoga berjaya.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menurut perintah,

(ABD RASHID BIN MOHD ALI)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
b.p. Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah
Selangor Darul Ehsan.
Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com