Tazkirah Hari Ini....

Tuan/Puan,

NOTIS PENGOSONGAN BILIK SEMPENA CUTI PERTENGAHAN SEMESTER OLEH PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN PSIS

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

  1.      Tarikh pengosongan bilik adalah bermula pada 2 Februari 2019 sehingga 10 Februari 2019. Walau bagaimanapun, pelajar dibenarkan untuk kembali semula pada 10 Februari 2019 (Ahad).
  1. Namun begitu, bagi penghuni yang terlibat dengan sebarang aktiviti atau program rasmi di politeknik, anda perlulah mengemukakan memo dan senarai nama kepada Ketua Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar (JPPPel) yang ditandatangani oleh Ketua Jabatan atau Penasihat Program masing-masing.

 

  1. Sehubungan itu, kegagalan pelajar untuk mematuhi arahan ini dianggap ingkar arahan dan boleh dikenakan hukuman GANTUNG KOLEJ KEDIAMAN.

“Penghuni hendaklah mengosongkan biliknya apabila diarahkan, pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak Pengarah atau wakil kuasanya” [14.4.1- BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM, PSIS]

 

  1. Perhatian dan tindakan daripada semua penghuni adalah sangat diharapkan agar keselamatan dan kebajikan terpelihara.

Sekian, terima kasih.

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 

Saya yang menjalankan amanah,

          

 

(HJ. CHE SAMSURIZA BIN HJ. CHE NOH)

Samb.: 6258

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com