Perhatian kepada pelajar Politeknik Sultan Idris Shah

TAWARAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR SENIOR (RAYUAN) SESI DIS 2018

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

  1. Untuk makluman semua pelajar, status kelayakan boleh dirujuk di pautan [ SENARAI NAMA PELAJAR LAYAK]
  2. Sehubungan dengan itu, pelajar yang ditawarkan kolej kediaman perlu membuat pendaftaran masuk kolej kediaman pada ketetapan berikut:

Tarikh: 14-16 Januari 2019

Masa : 8.30 pagi -4.30 petang (waktu pejabat)

Tempat: Pejabat Asrama

  1. Semasa proses pendaftaran, pelajar perlulah mematuhi semua perkara berikut:
  2. Pelajar hendaklah mematuhi etika rupa diri pelajar politeknik.
  3. Pelajar hendaklah menunjukkan bukti (RESIT) bayaran yuran Kolej Kediaman(RM60 ) dan Yuran Aktiviti Asrama (RM50)
  4. Semua pelajar yang telah menerima tawaran asrama WAJIB mematuhi Peraturan Kolej Kediaman dan Tatatertib Am Kolej Kediaman.
  5. Mendapatkan sticker ‘KAMSIS’ daripada Ketua Felo selewat-lewatnya sehingga 18 Januari 2019
  6. Kegagalan pelajar untuk membuat pendaftaran pada tempoh yang ditetapkan tanpa alasan yang munasabah akan dianggap MENOLAK TAWARAN dan kelayakannya DIGUGURKAN.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

salsabilah

(SAL SABILAH BINTI MOHAMAD TAHIR)

Ketua Felo, PSIS