Tuan/Puan,

TAWARAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2018

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

  1.      Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan permohonan kolej kediaman telahpun dikeluarkan oleh jawatankuasa pemilihan kolej kediaman. Status keputusan boleh dirujuk di sistem SPMP melalui menu I-Kamsis bermula pada 22 November 2018. Hanya pelajar yang berjaya  menepati kriteria yang telah ditetapkan sahaja ditawarkan kolej kediaman.
  1. Sehubungan itu, maklumat berkaitan pendaftaran dan pembayaran yuran akan dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar melalui laman sesawang Politeknik Sultan Idris Shah. Kegagalan pelajar untuk membuat pendaftaran pada tarikh yang ditetapkan akan dianggap MENOLAK TAWARAN dan kelayakannya akan DIGUGURKAN.

 

“Pelajar yang ditawarkan kolej kediaman tetapi gagal menghadirkan diri semasa hari pendaftaran tanpa sebab yang munasabah boleh digugurkan kelayakannya” [14.1.4- BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM, PSIS]

  1. Bagi pelajar yang ditawarkan kolej kediaman, butiran pendaftaran adalah seperti berikut:

                        Tarikh / Hari: 8 Disember 2018 / Sabtu

                        Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang

Pakaian: Formal

Tempat: Dewan Seri Lang, P.S.I.S

 

  1. 5. Berikut adalah dokumen yang perlu dibawa oleh pelajar semasa hari pendaftaran:
  1. Surat Tawaran Kolej kediaman (berserta nombor bilik)
  2. Slip lapor diri Pelajar Senior (dicetak selepas lapor diri dalam SPMP)

 

  1. Bagi pelajar yang tidak berjaya, permohonan rayuan bolehlah dibuat bermula pada 22 November 2018 sehingga 7 Disember 2018 secara atas talian (On-line) melalui menu I-Kamsis.

 

  1. Perhatian dan tindakan daripada semua pelajar adalah sangat diharapkan untuk kelancaran proses pendaftaran kolej kediaman.

Sekian, Terima Kasih.

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

          

 

(ZULKIFLI BIN MAT NASIR)

Timbalan Pengarah (Sokongan) Akademik

Politeknik Sultan Idris Shah