list

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa kepututsan rayuan kolej kediaman bagi sesi JUN 2017 telahpun dikeluarkan. Pelajar boleh membuat semakan status kelayakan di SPMP melalui menu I-Kamsis bermula pada 26 Mei 2017.
  1.         Semua pelajar perlu membuat pendaftaran masuk asrama pada ketetapan berikut:

Tarikh   : 7 Jun 2017

Hari       : Rabu

Masa     : 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari

Tempat : Bilik Gelap Kafetaria Asrama

 

  1.         Semasa proses pendaftaran, pelajar perlulah mematuhi semua perkara berikut:
    1. Pelajar sentiasa memakai kad pelajar dan berpakaian formal.
    2. Pelajar hendaklah mematuhi etika rupa diri pelajar politeknik.
    3. Pelajar hendaklah menunjukkan bukti (RESIT) bayaran yuran Kolej Kediaman.
    4. Pelajar hendaklah MENCETAK keputusan penempatan di menu I Kamsis
    5. Pelajar yang belum membuat bayaran saman, perlulah membuat bayaran tersebut terlebih dahulu di unit kewangan dan menunjukkan bukti (RESIT) bayaran semasa pendaftaran.
    6. Semua pelajar yang telah menerima tawaran asrama WAJIB mematuhi Peraturan Kolej Kediaman dan Tatatertib Am Kolej Kediaman.
    7. Kegagalan pelajar untuk hadir semasa hari pendaftaran tanpa alasan yang munasabah dan tanpa makluman awal kepada pihak pengurusan asrama akan dianggap MENOLAK TAWARAN dan kelayakannya DIGUGURKAN SERTA MERTA.

Sekian, Terima Kasih.

Sal Sabilah Mohamad Tahir

(Ketua Warden Psis)