Sukacita dimaklumkan bahawa sesi pendaftaran masuk Kolej Kediaman Politeknik Sultan Idris Shah bagi pelajar senior akan dilaksanakan pada 8 & 9 Ogos 2020. Pelajar adalah diwajibkan hadir mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Maklumat berkaitan pembayaran yuran perlulah dirujuk di laman sesawang Politeknik Sultan Idris Shah.
" Pelajar yang ditawarkan kolej kediaman tetapi gagal menghadirkan diri semasa hari pendaftaran tanpa sebab yang munsabah boleh digugurkan kelayakan".
Butiran pendaftaran adalah seperti berikut:-
Tarikh : 08/08/2020 (Sabtu) - Pelajar semester 5 dan keatas
09/08/2020 (Ahad) - Pelajar semester 4 dan permohonan khas
Masa : 9.00pagi - 3.00petang
Pakaian : Formal
Pelajar dikehendaki mematuhi Garis Panduan Kolej Kedaiaman seperti di Lampiran 1 (Klik untuk muat turun surat dan Garis Panduan Kolej Kediaman). Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan dengan perkara diatas, bolehlah hubungi Pejabat Kolej Kediaman di talian 03-32806200 samb 6285/6282/6283.
Kerjasama semua pelajar amatlah dihargai bagi memastikan keselamatan semua pihak dalam menangani wabak Covid-19.
Sekian, terima kasih.
Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Kediaman Pelajar telah membuat keputusan bagi rayuan Kolej Kediaman Sesi Jun 2020. Justeru itu, maklumat berkaitan pendaftaran serta senarai nama yang berjaya bolehlah dimuat turun di pautan dibawah.
Surat & Senarai Rayuan Kolej Kediaman Sesi Jun 2020
Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Sentiasalah mengamalkan SOP apabila berurusan sewaktu pendaftaran nanti. Bersama kita boleh hapuskan rantaian penularan pandemik COVID-19.
Ketua Unit Pengurusan Kediaman Pelajar
Kepada semua pelajar Politeknik Sultan Idris Shah
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan Pengurusan Dan Pembangunan Pelajar (JPPPel) membuka Permohonan Rayuan Kolej Kediaman kali ke-3 kepada semua pelajar yang tidak berjaya dalam rayuan sebelum ini. Permohonan dibuka mulai 06 - 08 Januari 2020 secara bertulis kepada Ketua Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar (KJJPPPel).
3. Perhatian dan tindakan daripada semua pelajar adalah sangat diharapkan untuk kelancaran proses pemilihan penghuni kolej kediaman.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
HJ CHE SAMSURIZA BIN HJ CHE NOH
Samb : 6258
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
“Pelajar yang ditawarkan kolej kediaman tetapi gagal menghadirkan diri semasa hari pendaftaran tanpa sebab yang munasabah boleh digugurkan kelayakannya” [14.1.4 – BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM, PSIS]
Tarikh / Hari : 7 Disember 2019 / Sabtu
Masa : 8.00 pagi – 3.00 petang
Pakaian : Formal
Tempat : Dewan Seri Lang, PSIS
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(HJ. CHE SAMSURIZA BIN HJ. CHE NOH)
KETUA JABATAN JPPPel
Samb. : 6258
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kepada semua pelajar Politeknik Sultan Idris Shah
SURAT MAKLUMAN PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN SESI DISEMBER 2019 (PELAJAR SENIOR)
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kolej kediaman sesi Disember 2019 dibuka bermula pada 24/09/2019 sehingga 11/10/2019
3. Oleh itu, pelajar yang berminat untuk mendiami kolej kediaman pada semester hadapan boleh membuat permohonan dengan mengisi borang secara atas talian melalui Sistem SPMP (i-kamsis). Pelajar yang gagal untuk membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan, secara automatik tidak akan ditawarkan kolej kediaman.
4. Pelajat juga diingatkan untuk mengemaskini data aktiviti dan penglibatan dalam semua program ko-kurikulum dalam sistem i-SKEP. Data tersebut akan digunakan untuk pemilihan kolej kediaman besertan dengan rekod kehadiran aktiviti Pusat Islam bagi pelajar beragama Islam dan kehadiran kuliah moral bagi pelajar bukan Islam. Kegagalan anda untuk mengemaskini data tersebut akan memberi kesan terhadap permohonan anda.
5. Kerjasama dan keprihatinan semua pihak adalah sangat dihargai dah didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
HJ. CHE SAMSURIZA BIN CHE NOH
(KJ JPPPel)