Tazkirah Hari Ini....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, MAKLUMAN PEPERIKSAAN UNTUK PELAJAR PSIS

Kepada pelajar yang masih Aktif Pengajian sehingga Sesi Disember 2012, keputusan peperiksaan boleh disemak melalui sistem SPMP atau e-Exam.

Walaubagaimanapun, sila fahami situasi berikut :

SITUASI 1 - Pelajar yang tidak mempunyai masalah dengan pengajian/keputusan peperiksaan setiap semester (pelajar normal : semester 1 hingga 6)

+ Sila semak keputusan peperiksaan anda melalui sistem SPMP sahaja dan cetak keputusan melalui sistem SPMP ini. 

SITUASI 2 - Pelajar yang mengulang atau menyambung pengajian melebihi bilangan semester biasa yang diperuntukan (pelajar lebih semester : semester 7 dan ke atas)

+ Sila semak keputusan peperiksaan anda melalui sistem e-Exam sahaja dan cetak keputusan melalui sistem e-Exam ini. 
  1. Tarikh Keputusan Rasmi Penilaian Akhir Sesi Disember 2012 ialah 28 Mei 2013
  2. Slip keputusan bercetak tidak dikeluarkan oleh Unit Peperiksaan tetapi pelajar dikehendaki mencetak sendiri melalui sistem semakan yang telah dinyatakan diatas.
  3. Rayuan berkenaan keputusan penilaian hendaklah dibuat dengan surat rasmi kepada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh keputusan rasmi diumumkan dan perlu disertakan dengan bayaran RM50.00 dalam bentuk wang pos atas nama Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah. Rayuan lewat dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Rayuan keputusan penilaian perlulah disertakan dengan bahan/dokumen bukti sebagai sokongan (Buku Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian).
  4. Rayuan untuk menyemak semula skrip jawapan peperiksaan hendaklah dikemukan secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh keputusan rasmi diumumkan. Setiap rayuan semakan perlu disertakan dengan bayaran RM25.00 bagi setiap kursus dalam bentuk wang pos atas nama Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah. Keputusan rasmi selepas rayuan tersebut adalah muktamad (Buku Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian).
  5. Tuntutan Transkrip Akademik bagi pelajar semester akhir yang menamatkan pengajian dengan jayanya hanya dibenarkan setelah pemakluman dibuat. Pemakluman akan dipaparkan melalui Portal Rasmi PSIS. Sila layari portal rasmi ini dari masa kesemasa untuk mendapatkan info terkini.
  6. Sebarang keraguan atau pertanyaan hendaklah disampaikan ke Unit Peperiksaan PSIS melalui alamat di bawah:-
Pegawai Peperiksaan,
Politeknik Sultan Idris Shah,
Sg. Lang, 45100, Sg Air Tawar,
Selangor Darul Ehsan.
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
* Nota: Sila nyatakan No. Pendaftaran dan No. Telefon anda apabila berurusan.
Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com