Tazkirah Hari Ini....

Unit Peperiksaan

 

  1. Lulusan yang kehilangan Sijil/Transkrip Akademik boleh memohon untuk mendapatkan salinan Sijil/Transkrip Akademik. Lulusan perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
    1. Salinan Laporan Polis berkenaan kehilangan/kerosakan Sijil/Transkrip Akademik.
    2. Borang Permohonan Salinan Sijil/Transkrip Akademik.
  • Dokumen sokongan (mengikut jenis permohonan).
  1. Bayaran (mengikut jenis permohonan).
  1. Permohonan SIJIL perlu disertakan bersama-sama dengan :
    1. Salinan Kad Pengenalan lulusan.
    2. Salinan Transkrip Akademik lulusan.
  • Salinan Sijil lulusan.
  1. Permohonan TRANSKRIP AKADEMIK perlu disertakan bersama-sama dengan :
  2. Salinan Kad Pengenalan lulusan.
  3. Salinan keputusan peperiksaan lulusan.
  4. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang/Wang Pos atas nama PENGARAH POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH. Jumlah bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :
    1. Sijil (Versi BM) RM 50.00
    2. Sijil (Versi BI)             RM 50.00
  • Transkrip Akademik RM 10.00
  1. Semua dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah. Permohonan lulusan akan diproses dalam tempoh masa EMPAT BELAS (14) hari dari tarikh permohonan diterima.
  2. Salinan Sijil/Transkrip Akademik boleh dituntut di Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah melalui kaedah seperti berikut :
    1. Ambil sendiri di Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah.
    2. Wakil (Hadir bersama Surat Rasmi Kebenaran untuk mewakili lulusan).

 

Semua pelajar yang telah menamatkan pengajian mulai Sesi Disember 2018, cetakan sendiri Surat Perakuan/Pengesahan Tamat Pengajian dan Transkrip Provisional (transkrip sementara) boleh dilakukan melalui SPMP i-Exam.

Pelajar boleh mencetak :

  • Surat Perakuan Tamat Pengajian

Tempoh masa cetakan – Selepas keputusan rasmi peperiksaan akhir hingga Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik bersidang.

  • Transkrip Provisional

Tempoh masa cetakan – Selepas keputusan rasmi peperiksaan akhir hingga Istiadat Majlis Konvokesyen graduan berlangsung.

  • Surat Pengesahan Tamat Pengajian

Tempoh masa cetakan – Selepas Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik bersidang hingga Istiadat Majlis Konvokesyen graduan berlangsung.

Tatacara Cetakan Perakuan/ Pengesahan Tamat Pengajian dan Transkrip Provisional adalah seperti di Lampiran.

Untuk makluman, Transkrip Akademik Rasmi akan dicetak oleh Unit Peperiksaan selepas Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik bersidang. Mohon rujuk makluman di laman web Politeknik Sultan Idris Shah tarikh dan prosedur menuntut transkrip akademik.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh berhubung terus dengan UNIT PEPERIKSAAN di talian 03-3280 6200.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa transkrip akademik lulusan sesi Disember 2018 (MP) (*Yang tamat Latihan Industri pada Bulan Julai 2019) boleh mula dituntut di Unit Peperiksaan PSIS mulai 12 November 2019 (Selasa).Semua lulusan perlu memuat turun borang dan bawa bersama borang tuntutan transkrip sewaktu proses tuntutan dilakukan.Jika lulusan tidak dapat hadir,lulusan boleh menghantar wakil (*Hanya boleh ambil untuk seorang lulusan sahaja) dan wakil hendaklah mengemukakan borang yang telah diisi oleh lulusan beserta dengan salinan kad pengenalan wakil dan salinan kad pengenalan lulusan.
Hanya borang yang lengkap beserta dengan pengenalan diri SAHAJA yang boleh membuat tuntutan transkrip.

           1) BORANG TUNTUTAN TRANSKRIP AKADEMIK (*SILA BAWA BERSAMA SALINAN IC ANDA BESERTA BORANG YANG TELAH LENGKAP SEWAKTU PROSES TUNTUTAN).

Sekian,terima kasih.

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa transkrip akademik lulusan sesi Disember 2018 (*Yang tamat Latihan Industri pada Bulan Mei 2019) boleh mula dituntut di Unit Peperiksaan PSIS mulai 23 September 2019 (Isnin). Semua lulusan perlu memuat turun borang dan bawa bersama borang tuntutan transkrip sewaktu proses tuntutan dilakukan.

Jika lulusan tidak dapat hadir, lulusan boleh menghantar wakil (*Hanya boleh ambil untuk seorang lulusan sahaja) dan wakil hendaklah mengemukakan borang yang telah diisi oleh lulusan beserta dengan salinan kad pengenalan wakil dan salinan kad pengenalan lulusan.

Hanya borang yang lengkap beserta dengan pengenalan diri SAHAJA yang boleh membuat tuntutan transkrip.

MUAT TURUN BORANG TUNTUTAN TRANSKRIP AKADEMIK (*SILA BAWA BERSAMA SALINAN IC ANDA BESERTA BORANG YANG TELAH LENGKAP SEWAKTU PROSES TUNTUTAN).

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar lulusan sesi Jun 2018 (*Yang tamat menjalani latihan industri pada bulan November 2018) ,transkrip akademik anda boleh mula dituntut di kaunter Unit Peperiksaan bermula 13 Mei 2019 (Isnin).Semua lulusan perlu memuat turun borang dan mencetak borang tuntutan transkrip seperti dibawah dan bawa bersama sewaktu tuntutan (*borang dan salinan kad pengenalan penuntut).

1) Borang Pengambilan Transkrip Akademik

Sekian,untuk makluman.

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com