1) Sila pilih menu 'e-Quality'

menu equality

2) POP-UP Window akan muncul yang meminta User Name dan Password. Kakitangan dan Pensyarah perlu login menggunakan akaun yang sama seperti login E-Mail Rasmi PSIS (lama) kerana sistem ini adalah SSO (Single Sign-On) Enable

equality login

3) Muka hadapan Laman Pengurusan Kualiti akan terpapar untuk login yang berjaya. Terdapat pelbagai dokumen berkaitan pengurusan kualiti yang boleh diperolehi daripada sistem ini. Sebagai contoh, sila klik pada menu 'Pengurusan dan Sokongan'

equality home

4) Folder - folder yang disusun mengikut tajuk akan terpapar disebelah kanan laman, sila klik pada salah satu "Folder icon" contohnya 'PSIS-PK-PP-04 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN'

equality exampledoc1

5) Fail - fail yang tersimpan dalam folder tadi akan dibuka. Klik pada salah satu "Document icon" untuk melihat isi kandungannya, sebagai contoh 'PSIS-PK-PP-04 Proses Pengajaran dan Pembelajaran'

equality exampledoc2

6) Fail yang berkaitan akan terpapar untuk anda baca sahaja atau muat-turun ia untuk rujukan secara off-line.

equality exampledoc3

7) Terdapat pelbagai fungsi dalam sistem e-Quality ini, dan salah satunya ialah fungsi perbincangan dalam talian. Untuk melihat atau menyertai perbincangan, sila klik menu 'Perbincangan Kualiti'

 equality discussion menu

8) Senarai tajuk perbincangan akan dipaparkan. Sila pilih mana-mana perbincangan, sebagai contoh 'SEMESTER PENDEK 2012'

equality discussion example1

9) Isi perbincangan akan dipaparkan beserta jalur perbincangan. Sekiranya anda ingin turut serta dan membalas, klik 'Reply'

equality discussion example2

10) Sila isi pernyataan anda didalam ruangan 'Body'. Apabila telah selesai, klik butang 'OK' untuk menghantar.

equality discussion example3

11) Sekiranya anda ingin membuka topik perbincangan baru, klik pada menu 'New ---> Discussion'.

equality discussion example4

12) Isikan tajuk topik baru perbincangan di ruangan 'Subject' manakala isi topik perbincangan di ruangan 'Body'. Klik butang 'OK' apabila telah selesai.

equality discussion example5

13) Topik perbincangan yang baru anda cipta sebentar tadi akan dipaparkan dalam senarai perbincangan yang baru.

equality discussion example6

14) Untuk Log Keluar daripada sistem ini, pergi ke menu 'Welcome XXXX ----> Sign Out'

equality signout