Pengenalan

Sistem Profil Kompetensi (SPK) ini dibangunkan untuk Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) mengemukakan profil kompetensi dan pengalaman kerja sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara lain, maklumat ini juga akan digunakan oleh Urusetia Jawatankuasa Teknikal ICT (JTKICT) untuk urusan pencalonan PTM Cemerlang. Maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam sistem ini adalah Maklumat Peribadi, Perkhidmatan, Pendidikan dan Maklumat Kompetensi Pegawai yang terdiri daripada Bidang Kepakaran Pilihan, Penglibatan Projek, Khidmat Perundingan/Konsultansi, Khidmat Nasihat yang berkaitan dengan bidang ICT, Penghasilan Produk Ilmiah/Pembentangan kertas, Pensijilan Profesional /Pengiktirafan Profesional dan Pembangunan Kompetensi.

Penglibatan

Pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengisian maklumat ini ialah :

  1. Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F)
  2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F)
  3. Juruteknik Komputer (Gred FT) *untuk FT, penilaian kompetensi masih dalam pembangunan
  4. Pegawai Perkhidmatan di Jabatan/Agensi (contohnya Pegawai Eksekutif Tertinggi)
  5. Pegawai Latihan di Jabatan/Agensi (contohnya Pegawai Latihan dan Pendidikan Lanjutan)

Penggunaan Maklumat

Maklumat yang dikemukakan melalui sistem ini akan digunakan bagi Penilaian Kepakaran oleh Jawatankuasa Teknikal Kepakaran ICT (JTKICT) dan Jawatankuasa Pengiktirafan Kepakaran ICT (JPKICT) untuk urusan pencalonan Pengiktirafan Kepakaran ICT Sektor Awam. Penilaian Kepakaran dirancang dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan April dan Oktober setiap tahun. Sistem ini juga adalah sebagai repositori maklumat Perkhidmatan Teknologi Maklumat bagi tujuan pembangunan kepakaran dan kompetensi pegawai. JPA dengan kerjasama MAMPU mempelawa semua Personel ICT Sektor Awam Perkhidmatan Gunasama Persekutuan untuk mengemaskini maklumat ke dalam Sistem Profil Kompetensi.

Tatacara Pengisian Maklumat

Maklumat projek yang perlu didaftarkan di dalam SPK adalah maklumat projek yang telah siap dibangunkan sepenuhnya ATAU yang siap sepenuhnya secara berfasa pada tahun semasa . Sekiranya ia siap secara berfasa, maklumat yang didaftarkan ke dalam sistem perlulah berkisar kepada fasa yang berkenaan sahaja.