Tazkirah Hari Ini....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,image

Kelab Keusahawanan MYAGROSIS PSIS telah ditubuhkan dengan tujuan menggerakkan aktiviti keusahawanan di kalangan pelajar PSIS dengan kerjasama pihak FAMA. Semua pelajar dipelawa untuk menjadi ahli kelab yang mempunyai pelbagai faedah kepada para pelajar dan graduan politeknik yang menceburi bidang keusahawanan. Sekiranya berminat sila isikan borang penyertaan keahlian anda sekarang beserta dengan lampiran seperti yang dinyakan di borang keahlian. Anda hanya perlu isi maklumat anda dalam borang softcopy beserta gambar, cetak dan hantar kepada urusetia/unit keusahawanan. Anda merupakan ahli MYAGROSIS setelah anda menyerahkan borang keahlian.
Ada lagi yang menarik. Kepada ahli kelab MYAGROSIS yang berminat untuk mendapatkan kad keahlian Kelab MYAGROSIS yang sangat menarik dan ada kemudahan Green Lane apabila ingin berurusan dengan Agro Bank boleh maklumkan kepada AJK Kelab MYAGROSIS.
Kelab akan mengaturkan permohonan dengan pihak Agrobank dan anda hanya perlu membayar RM30 (RM10 BAYARAN KAD DAN RM20 PEMBUKAAN AKAUN AGROBANK).

Jom daftarkan keahlian anda sekarang!!!

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com