POLYSKILL 2PERTANDINGAN KEMAHIRAN POLITEKNIK KPM 2015 (POLYSKILLS) yang telah berlangsung dari 17 Mac 2015 hingga 20 Mac 2015 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan menyaksikan penyertaan dari Politeknik seluruh Malaysia. Pertandingan ini melibatkan 9 kategori, antaranya Mechanical Engineering - CAD, Electronics, Geomatic Competition, Welding, Mechatronics, Electrical Installation, Decorative Painting, Stenography dan Brick Laying.

Bagi Kategori Stenography, sebanyak lima (5) politeknik yang bertanding iaitu Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Kuantan), Politeknik Sultan Idris Shah (Selangor), Politeknik Mersing Johor (Johor), Politeknik Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (Perlis), yang mana keseluruhannya disertai oleh 18 orang peserta.

Laporan Penuh POLYSKILLS