Tazkirah Hari Ini....

LAPORAN:

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH JUARA KATEGORI SIMUROSOT , PERTANDINGAN ROBOT BOLA SEPAK PIALA DEKAN FTSM KE 3 2013, UKM

Tarikh: 24-28 Feb 2013
Tempat: Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Pasukan Robot Soccer Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) melakar sejarah tersendiri setelah berjaya menjadi Johan dan Naib Johan bagi dua kategori yang dipertandingkan dalam Pertandingan Robot Bola Sepak Piala Dekan FTSM ke 3 2013 anjuran Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM, Bangi yang telah berlangsung pada 24-28 Feb 2013 bertempat di FTSM, UKM, Bangi.

Terdapat 3 kategori pertandingan yang dianjurkan iaitu Mirosot, Simurosot dan Hurosot. Pasukan dari PSIS telah menghantar penyertaan dalam pertandingan ini bagi dua kategori yang dipertandingkan iaitu Simurosot dan Mirosot. Pasukan PSIS telah berjaya menempah kejayaan dalam kategori Simurosot apabila merangkul kejuaraan dalam pertandingan yang disertai oleh 9 pasukan lain. Pasukan Simurosot dari PSIS yang diwakili oleh Amirul Mukminin Bin Muhamad Yasin, Muhamad Izwannizam Bin Mohd Ruslim dan Mohamad Abdullah Bin Mohamed Ismail telah menunjukkan kehandalan apabila telah memenangi kesemua perlawanan sejak dari peringkat kumpulan lagi. Pada perlawanan pertama, pasukan PSIS telah menundukkan pasukan UKM A dengan jaringan 17-4. Seterusnya, pasukan PSIS telah mengalahkan pasukan dari PMM dengan jaringan 12-0, mengalahkan pasukan UKM B dengan jaringan 26 – 2 dan mengalahkan pasukan UKM C dengan jaringan 12 – 3 . Pada Perlawanan akhir bagi kategori Simurosot, pasukan PSIS telah berjaya menewaskan pasukan UKM A dengan jaringan 6 – 2.

Manakala bagi kategori Mirosot iaitu perlawanan Robot secara 'Real Time' pula pasukan PSIS telah mendapat Naib Johan. Perlawanan akhir menentang Politeknik Merlimau Melaka (PMM) merupakan pertandingan paling sengit apabila pasukan PSIS mula menyamakan jaringan gol setelah ketinggalan 0-2 kepada PMM pada separuh masa pertama. Sehingga tamat masa pertandingan kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan seri (2-2). Oleh itu, pengadil mengambil keputusan untuk meneruskan permainan dengan "Golden Goal" di mana pasukan mana yang menjaringkan gol terlebih dahulu merupakan pemenang bagi perlawanan ini seterusnya menjadi juara bagi kategori ini. Perlawanan ini dimenangi oleh pasukan PMM kerana telah menjaringkan gol terlebih dahulu.. Pasukan PSIS yang diwakili oleh Ahmad Ridhwan Bin Mohd Kamil, Khairul Airil Bin Shaari dan Muhammad Rafiq Bin Abd Latiff bagi kategori Mirosot ini telah membawa pulang pingat dan hadiah iringan yang telah disampaikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat, Prof. Dr. Khairuddin Bin Omar. Pujian harus diberikan kepada pasukan dari PSIS kerana telah mempamerkan kebolehan untuk menggunakan aturcara yang telah dibina sendiri berbanding dari pasukan lain yang menggunakan aturcara yang telah tersedia dalam sistem kawalan Robot soccer. Pasukan ini telah mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan aturcara untuk digunakan dalam pertandingan ini. Pasukan Mirosot dari PSIS nyata berpuas hati dengan pencapaian setakat ini dan bertekad untuk mengatasi kelemahan yang dikenalpasti dalam pertandingan yang baru berlalu itu.

Kedua-dua pasukan berharap dapat mempamerkan aksi yang lebih cemerlang dalam Pertandingan FIRA Robot Soccer yang akan berlangsung di Politeknik Shah Alam pada bulan Ogos ini. Sokongan berterusan dari semua pihak terutama Barisan Kepimpinan Tertinggi PSIS amatlah diharapkan agar pasukan Robot Soccer PSIS ini akan terus cemerlang pada masa yang akan datang.


Sekian terima kasih.

Disediakan Oleh,
Mohd Zul Fahmi Bin Mohd Zawawi
Pengurus pasukan Robot Soccer PSIS

PENGURUSAN PASUKAN ROBOT SOCCER PIALA DEKAN FTSM KE 3 2013

Penaung : En. Sulong Bin Yahaya (Pengarah)
Penasihat : En. Lokman Bin Abbas (Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam)
Pengurus : Mohd Zul Fahmi Bin Mohd Zawawi (Pensyarah)
Pengadil Perlawanan : Mohd Azizy Bin Adnan (Pensyarah)

Senarai Pelajar:

Bil Nama No.Pendaftaran
1. AHMAD RIDHWAN BIN MOHD KAMIL 17DTK10F2056
2. MUHAMAD IZWANNIZAM BIN MOHD RUSLIM 17DTK10F1057
3. AMIRUL MUKMININ BIN MUHAMAD YASIN 17DNS10F2046
4. MOHAMAD ABDULLAH BIN MOHAMED ISMAIL 17DTK10F2054
5. KHAIRUL AIRIL BIN SHAARI 17DTK11F2025
6. MUHAMMAD RAFIQ BIN ABD LATIFF 17DTK11F2032

 

 

Gambar Pasukan Robot Soccer PSIS

Gambar Pasukan Robot Soccer PSIS

 

Piala Kemenangan Johan Kategori Simurosot

Piala Kemenangan Johan Kategori Simurosot

 

Bergambar bersama pemenang bagi kesemua kategori

Bergambar bersama Pemenang bagi Kesemua Kategori

 

Gambar Sekitar Perlawanan Kategori Mirosot 1Gambar Sekitar Perlawanan Kategori Mirosot 2

Gambar Sekitar Perlawanan Kategori Mirosot

 

Mirosot - Real Time Robot Soccer

'Mirosot' - Real Time Robot Soccer

 

Simurosot - Simulasi program menggunakan komputer

'Simurosot' - Simulasi program menggunakan komputer

 

Keputusan Kategori Mirosot

Keputusan Pertandingan Robot Bola Sepak Piala Dekan FTSM kali Ke 3 - 'MIROSOT'

 

Keputusan Kategori Simurosot

 Keputusan Pertandingan Robot Bola Sepak Piala Dekan FTSM kali Ke 3 - 'SIMUROSOT'

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com