Tazkirah Hari Ini....

firax

PORT DICKSON 28 Apr - 3 Mei - Pasukan PSIS Roboteam telah mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut di 12th FIRA MALAYSIA CUP 2019 yang dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Politeknik Port Dickson (PPD) selaku tuan rumah. Sebanyak 124 pasukan berdaftar dari 24 Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara telah menyertai 12th FIRA MALAYSIA CUP 2019 yang mempertandingkan 6 kategori utama (ANDROSOT, HUROCUP, MYBOT, ROBOSOT, SIMUROSOT & AIR-Drone) dan 26 sub kategori. Pada siri kejohanan kali ini, PSIS Roboteam berjaya memungut sebanyak 6 Emas, 2 Perak dan 3 Gangsa. PSIS Roboteam juga masih mengekalkan penguasaannya dalam dua kategori utama dengan dinobatkan sebagai Robosot Master dan Simurosot Master serta bakal mewakili Politeknik Malaysia ke FIRA RoboWorld Cup 2019 di Changwon, Korea bagi kategori tersebut pada bulan Ogos 2019 nanti. Seramai 30 orang pelajar PSIS, 4 orang pelajar sekolah menengah iaitu masing-masing dua orang pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam dan Sekolah Agama Menengah Parit Baru, 2 orang pelajar sekolah rendah dari Sekolah Kebangsaan  Parit 6, 3 orang guru pengiring dari setiap sekolah dan 10 pensyarah PSIS terlibat pada siri kejohanan kali ini.

 

Kredit kepada UIDM Politeknik Port Dickson

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com