2

POLISI TENAGA

 

PENYATAAN DASAR

PSIS komited mewujudkan budaya hijau dan melestarikan persekitaran kampus bagi mengurangkan pelepasan karbon dengan mengamalkan pengurusan tenaga yang efisien menjelang tahun 2020.

 

OBJEKTIF PENGURUSAN TENAGA

  1.  Mengadaptasikan sistem pengurusan tenaga secara optimum.
  2.  Mengamalkan penjimatan penggunaan tenaga bagi mengurangkan pelepasan karbon
  3.  Mengaplikasikan teknologi hijau dalam meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga oleh warga PSIS.

 

SASARAN JANGKA PENDEK

  1. Memberi kesedaran kepada warga PSIS terhadap kepentingan budaya penjimatan tenaga
  2. Mengamalkan konsep penjimatan tenaga dalam amalan seharian
  3. Menaik taraf peralatan elektrik kepada perolehan bahan hijau secara berperingkat.
  4. Meningkatkan kompetensi staf bagi memantapkan pengurusan tenaga yang efisien.

 

SASARAN JANGKA PANJANG

  1. Membudayakan penyelidikan pelajar dan staf ke arah teknologi hijau dalam pengurusan tenaga.
  2. Melaksanakan perolehan hijau dalam pembekalan, perkhidmatan, penyelenggaraan dan pembaikan peralatan serta infrastruktur tenaga.
  3. Melaksanakan penyelenggaraan pencegahan bagi semua peralatan elektrik.
  4. Mewujudkan sistem pintar dalam pengurusan tenaga.
  5.  Melaksanakan 5 projek teknologi kecekapan tenaga secara berfasa.