Unit Corporate Industrial Services and Employment Centre (CISEC) Politeknik Sultan Idris Shah telah ditubuhkan secara rasmi di bawah seliaan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA).

 

CISEC ditubuhkan sebagai pengantara dengan pihak industri, di samping menyelaras program pembangunan kerjaya dan kebolehpasaran graduan yang bertujuan untuk membantu dan meningkatkan kebolehpasaran graduan politeknik.

Penubuhannya antara agenda Transformasi Politeknik iaitu meningkatkan employability dan kebolehpasaran graduan politeknik KPT.

Objektif CISEC

           - Membantu dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan PSIS.

           - Menyediakan graduan ke alam pekerjaan.

           - Membantu dalam penempatan graduan  melalui perhu-bungan dengan pihak industri.

           - Menjalankan kajian mengenai  kebolehpasaran graduan.