Tazkirah Hari Ini....

2016 ATCP webbanner PSIS

 

PROGRAM AUTODESK LATIHAN DAN PENSIJILAN OLEH PRESTARIANG SYSTEMS SDN. BHD

Sukacita dimaklumkan bahawa Prestariang Systems Sdn. Bhd. akan mengadakan program latihan profesional dan pensijilan untuk membangunkan kompetensi di dalam ekosistem KPT kepada pelajar dan pensyarah. Fasa pertama bagi program ini melibatkan 15 buah politeknik (sila rujuk senarai edaran) yang dijadualkan bermula pada 23 April 2016. Sebanyak lima kursus ditawarkan di bawah program ini iaitu:

i.        AutoCAD Certified Professional
ii.       Inventor Certified Professional
iii.      Revit Architecture Certified Professional
iv.     3ds Max Certified Professional
v.      Maya Certified Professional.

Untuk makluman, Latihan ini adalah percuma dan ditanggung oleh pihak Prestarian Sdn Bhd.

Bagi para pelajar, keutamaan pemilihan adalah bagi pelajar Semester 6 sahaja. Tuan/Puan boleh melihat/memuat turun senarai peserta bagi kursus berkaitan seperti dibawah:-

1. Kursus AutoCAD Certified Professional
2. Kursus Revit Architecture Certified Professional

Sekiranya pelajar yang telah membuat permohonan tetapi tidak tersenarai sila lihat SENARAI MENUNGGU LATIHAN AUTODESK. Pelajar yang tersenarai mungkin akan dipanggil untuk Sesi Kedua latihan.

 

Tuan/Puan boleh melihat Jadual Kelas Latihan & Pensijilan Program Autodesk untuk rujukan tuan/puan.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah kunjungi http://tcms.myaidea.com.my atau klik banner diatas atau boleh menghubungi Unit CISEC PSIS.

 

Sekian terima kasih.

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com