karnival kerjaya 2020

 Karnival Kerjaya 2020 anjuran CISEC bersama Jobs Malaysia Selangor telahpun bermula hari ini di mana fasilitator dari Team Selangor dan Jobs Malaysia berganding bahu membantu mempersiapkan bakal graduan PSIS untuk menempuhi alam pekerjaan di samping memberi pelajar-pelajar tips dan tatacara persediaan sebelum mencari pekerjaan. 

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari pertama ini adalah; Pengenalan & Pendaftaran Portal Jobs Malaysia, Sistem dan Sumber Maklumat Kerjaya + Psikometrik, Persediaan Ke Alam Pekerjaan (Slot Bersama Alumni) dan Penyediaan Resume. 

Peserta-peserta Karnival Kerjaya 2020 merupakan pelajar Semester 5 yang telah dikenalpasti akan menjalankan Latihan Industri pada Sesi Jun 2020.