Tazkirah Hari Ini....

Assalamualaikum dan salam hormat.

Info terkini Perkhidmatan Bas dari Klang/Kuala Selangor ke PSIS.

Terima kasih di atas maklum balas yang sangat baik dari sudut pandangan, cadangan dan persetujuan dari semua. Secara tidak langsung menjadikan terlalu banyak email untuk kami baca dan teliti. Setelah menapis dari puluhan cadangan dan sokongan, kami hanya menyenaraikan seramai 17 orang yang bersetuju untuk menaiki bas yang akan diadakan. Selebihnya adalah email sokongan, dorongan, pujian, cadangan termasuklah kritikan. Sebahagian besar yang bersetuju adalah dari Kuala Selangor dan berberapa orang dari, UPM, Serdang, Bukit Raja, Bukit Tinggi, dan Klang.

Dari jumlah yang bersetuju 3/4 hanya bersetuju untuk membayar yuran di antara RM150 hingga RM250 sebulan. Dan hanya beerbarapa orang yang setuju membayar sebarang jumlah yang bakal ditetapkan.

Justeru kami mengambil keputusan, Perkhidmatan Bas ini belum sesuai untuk diadakan buat masa ini memandangkan jumlah sambutan tidak memungkinkan untuk sebuah bas disewa dan kesediaan para pemumpang untuk membayar yuran bulanan adalah dibawah kadar yang sewajarnya bagi perjalanan dari PSIS ke K. Selangor.

kami telah berusaha sebaik mungkin merealisasikan sebarang cadangan yang baik dari semua, bagi kesejahteraan dan kebajikan semua. masih ada berberapa cadangan sedang pada tahap pertimbangan dan kajian.

Sebarang idea dan cadangan yang bernas untuk semua sangat dialu-alukan.

Kebajikan anda adalah keutamaan kami. Anda hanya perlu bermimpi... biar kami jadikan ia realiti.

Mohd Khir Johari bin Abas
Pengerusi
Kelab Kebajikan dan Rekreasi PSIS

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com