Tazkirah Hari Ini....

Assalamulaikum Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN

Ramadhan hampir tiba. Bulan yang penuh rahmat, keampunan dan terhindar dari azab neraka. Semoga Allah memanjang usia kita sehinggga bertemu dengan ramadhan kali ini.Amin.

Sehubungan dengan itu pihak Jawatan Kuasa Pusat Islam merangka beberapa aktiviti untuk menghidupkan Ramadhan. Tuan/Puan bolehlah merujuk taqwim program Ihya Ramadhan yang saya disertakan.

Insya Allah Solat terawih pada tahun ini seperti butiran berikut:

    1. Solat terawih bersama Imam Hafiz sepanjang Ramadhan.
    2. Solat terawih dan tazkirah bersama Imam Hafiz dari Bumi Palestin pada 31 Julai 2013

Beberapa sumbangan yang pihak kami tawarkan kepada tuan/puan sempena bulan yang digalakkan bersedekah:

    1. Menaja majlis berbuka puasa untuk pelajar yatim piatu/miskin PSIS. Satu bahagian bernilai RM20.00 dan sumbangan boleh diserahkan kepada Puan Hajah Rosilawati Binti Nordin di Jab.Pengajian Am.
    2. Tahlil Arwah - sumbangan ikhlas dan sumbangan boleh di hulurkan kepada En. Norman (KP Jabatan Perdagangan).
    3. Sumbangan kuih muih untuk jamuan Moreh selepas solat terawih. Pihak Jawatan kuasa memohon jasa baik kepada staff yang tinggal di kuartes untuk memberi sumbangan kuih mengikut giliran yang akan disusun kelak. Jawatankuasa yang akan menyusun jadual penggiliran ialah En.Nubli (Jabatan Kejuruteraan Awam).

Program Tadarus Bersama Ustaz Faizudin selepas solat jumaat untuk MUSLIMAH sahaja di Pusat Islam. Sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan Ustaz Faizudin (Jabatan Pengajian Am).

Sebarang cadangan pihak kami alu-alukan.

Sekian terima kasih.

Ustaz Tobroni Mohd Shahlan
Pengerusi Pusat Islam

Jadual Program Ihya'Ramadhan 1434H/2013M

PUSAT ISLAM POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

BIL. AKTIVITI TARIKH/MASA PENGISIAN
1  Memasang Bahan Kempen Kehadiran Ramadhan  29 Jun 2013  Lokasi sekitar Pusat Islam
 Majlis pelancaran program Ihya' Ramadhan  8 Julai 2013  Perasmian oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sabak Bernam
 Ceramah Perdana Marhaban Ya Ramadhan  4 Julai 2013  Ceramah Bertajuk:"Ramadhan Bakal Menjelang"
 Solat Tarawih 8 Rakaat & Witir  Sepanjang Malam Ramadhan  1. Ustaz Abu Dzar al-Hafiz (ILDAS/MITTIS)
 Majlis Berbuka Puasa Ramadhan untuk anak-anak yatim piatu
 - Sepanjang Ramadhan
 - 20 Orang anak PSIS yatim piatu dan keluarga susah
 Penajaan dari staff PSIS satu bahagian sebanyak RM20.00
 Moreh  Selepas Solat Terawih  Jamuan Kuih Muih dan penggiliran membawa juadah mengikut Blok staff PSIS
 Bersahur
 - Sabtu dan Ahad
 - 10 Akhir Ramadhan
 - 20 dan 21 Julai 2013
 - 27 dan 28 Julai 2013
 Qiamulail dan Bersahur
 Qiamulail  - Sabtu dan Ahad
 - 10 Akhir Ramadhan
 - 20 dan 21 Julai 2013
 - 27 dan 28 Julai 2013
  Dipimpin oleh: Imam Hafiz Jemputan
 Tazkirah Ramadhan  - Sebelum Solat Jumaat
 - 12 Julai 2013
 - 19 Julai 2013
 - 26 Julai 2013
 Imam Bertugas
10   Taddarus Al-Quran  Setiap hari selepas solat Subuh,Asar & Terawih  Kumpulan pelajar yang dikendalikan Rakan Pusat Islam
11   Mari bertadarus Bersama Ustaz Faizuddin (Khas untuk MUSLIMAH)  - Jumaat (3.00 – 4.00 pm)
 - 12 Julai 2013
 - 19 Julai 2013
 - 26 Julai 2013
 - Tempat : Pusat Islam
 Belajar tajwid dan tahsin qiraat.
12   Ceramah Nuzul Al-Quran dan 'Bubur Lambuk'   Selepas Solat Terawih 20 Julai 2013  Ceramah Bertajuk: "Nuzul Al-Quran Di Hayati, Tamadun Islam Di Raih Kembali"
13   PALESTIN  31 Julai 2013 

 Tazkirah PALESTINKINI dan Kutipan Derma Palestin

14   Majlis Penutup Ihram 13 dan Khatam al-Quran  1 Ogos 2013
- Majlis khatam Al-Quran Perdana
- Tazkirah Ramadhan,"Lailatul Qadar Di Hayati Kemenangan Di Rai" Oleh:
- Agihan Dhuafa'
- Ifthor Jamaai'
15   Majlis Tahlil Arwah sepanjang bulan Ramadhan  Sepanjang Ramadhan selepas terawih  Dipimpin oleh Imam terawih
16  Mesra Aidilfitri 2013  23 Ogos 2013  Jamuan Nasi dan kuih raya (Penyampaian Duit Raya)
Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com