Tazkirah Hari Ini....

PENYELIAAN PELAJAR KURSUS LATIHAN INDUSTRI AT401 POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SESI JUN 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa, Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Sultan Idris Shah akan melaksanakan proses penyeliaan bagi pelajar yang sedang menjalani Kursus Latihan Industri AT 401 di seluruh negeri di Malaysia. Sehubungan dengan itu, Pensyarah Pemantau daripada Politeknik Seluruh Malaysia akan menghubungi organisasi dimana tuan/puan menjalani Kursus Latihan Industri AT 401 Sesi Jun 2013 bagi tujuan tersebut di atas.

3. Tempoh Penyeliaan Kursus Latihan Industri AT 401 Sesi Jun 2013 ini bermula 19 Ogos 2013 sehingga 30 September 2013. Tuan/puan adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan perkara ini kepada majikan di mana tuan/puan melaksanakan Kursus Latihan Industri AT 401.

4. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam menjayakan Proses Penyeliaan Kursus Latihan Industri AT 401 Sesi Jun 2013 amatlah dihargai.

Sekian, harap maklum.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah,

 

WAN YASIMA BINTI MOHAMAD AMIN
Timbalan Pengarah Akademik
b.p Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah

 

 

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com