Tazkirah Hari Ini....

SEMUA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2018 DAN DISEMBER 2018 (MP)

 Saudara/Saudari,

 PENYELIAAN PELAJAR KURSUS LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

 

 Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 2.       Untuk makluman, Politeknik Se-Malaysia akan menjalankan penyeliaan bagi pelajar yang sedang menjalani Kursus Latihan Industri Sesi Dis 2018 dan Dis 2018 (MP) di seluruh negeri dalam Malaysia. Sehubungan dengan itu, Pensyarah Pemantau akan menghubungi organisasi di mana saudara/saudari menjalani kursus Latihan Industri bagi tujuan tersebut di atas. Saudara/saudari boleh merujuk Senarai Zoning Pelajar PSIS di http://bit.ly/ZONING_DIS2018

 3.       Tempoh penyeliaan adalah antara 04 Februari 2019 hingga 05 April 2019. Saudara/Saudari diarahkan untuk memaklumkan perkara ini kepada majikan masing-masing. Diharapkan proses penyeliaan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara organisasi penempatan latihan industri saudara/saudari dengan pihak politeknik. Keprihatinan saudara/saudari berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 Sekian,

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 Saya yang menjalankan amanah,

 NORHAYATI BINTI MOHAMMED SANI

Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri

b.p Pengarah 
      Politeknik Sultan Idris Shah
      Kementerian Pendidikan Malaysia

     

        

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com