Tazkirah Hari Ini....

Pelajar Latihan Industri Sesi Jun 2018,

(2 Julai 2018 Hingga 16 November 2018)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Saudara/Saudari

KAJIAN KEBERKESANAN LATIHAN INDUSTRI DALAM MEMPENGARUHI KEBOLEHPASARAN GRADUAN PSIS DAN MY INTERNSHIP REFLECTION (REFLEKSI B) SESI JUN 2018

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan dan Latihan Industri telah melaksanakan “Kajian Keberkesanan Latihan Industri Dalam Mempengaruhi Kebolehpasaran Graduan PSIS” bagi Sesi Jun 2018. Sehubungan dengan itu, saudara/saudari yang menjalani Kursus Latihan Industri adalah terpilih dan DIWAJIBKAN untuk terlibat sebagai responden dalam kajian ini.
  1. Saudara/Saudari diarah untuk melayari laman web dan melengkapkan maklumat seperti berikut sebelum 19 November 2018.
  1. Kajian Keberkesanan Latihan Industri Dalam Mempengaruhi Kebolehpasaran Graduan PSIS di : http://bit.ly/Jun18_Kajian_Keberkesanan
  2. Pelajar dimohon mengisi semula maklumbalas My Internship Reflection B (Refleksi B : Refleksi oleh Penyelia lndustri) di : http://bit.ly/Jun18_Refleksi_B
  1. Saudara/Saudari diwajibkan membawa cetakan Pengesahan Kajian Keberkesanan Latihan Industri Dalam Mempengaruhi Kebolehpasaran Graduan PSIS dan cetakan Pengesahan Maklumbalas Refleksi B : Refleksi oleh Penyelia lndustri  ketika hari Pendaftaran Pengesahan Tamat  Kursus Latihan Industri Sesi Jun 2018. 

Perhatian dan kerjasama saudara/saudari dalam menjayakan kajian ini amatlah dihargai.  Sebarang pertanyaan sila hubungi  Unit Perhubungan Dan Latihan Industri di talian 03-32806234.

Sekian, terima kasih.

 

 

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 

Saya yang menjalankan amanah,

(ISHANUDDIN BIN HUSSIN)

Pengarah

Politeknik Sultan Idris Shah

Kementerian Pendidikan Malaysia

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com