SEMUA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2016
Saudara/Saudari,
ARAHAN MELENGKAPKAN REKOD CUTI / KETIDAKHADIRAN PELAJAR KURSUS LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2016
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Unit Perhubungan dan Latihan Industri akan melaksanakan proses pemantauan kehadiran pelajar latihan industri sesi Disember 2016. Sehubungan dengan itu, pelajar diminta untuk memohon pihak organisasi melengkapkan rekod cuti/ketidakhadiran pelajar sehingga minggu ke-16 latihan industri seperti di Lampiran A
3. Pelajar dikehendaki menghantar semula rekod cuti/kehadiran yang telah lengkap ke Unit Perhubungan dan Latihan Industri bagi melancarkan segala urusan berkaitan Kursus Latihan Industri sesi Disember 2016. Sekiranya gagal berbuat demikian, saudara/saudari dianggap melanggar Akta 174, Kaedah 5, dan akan dikenakan tindakan tatatertib (rujuk Perkara 8.7.2 Tindakan Hukuman).
Sekian, harap maklum.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(Nor hayati binti mohammed sani)
Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri
b.p Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah
Selangor Darul Ehsan