PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI PSIS

 

Saudara/ Saudari,

ARAHAN MELENGKAPKAN REKOD/CUTI KETIDAKHADIRAN PELAJAR KURSUS LATIHAN INDUSTRI SESI JUN 2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Unit Perhubungan dan Latihan Industri ingin melaksanakan proses pemantauan kehadiran pelajar latihan industri sesi Jun 2016. Pelajar diminta untuk memohon pihak firma melengkapkan rekod cuti/ketidakhadiran pelajar seperti di Lampiran A.<--(KLIK UNTUK MUAT TURUN) Pihak firma diminta untuk merekodkan cuti/ketidakhadiran pelajar sehingga minggu ke-15 latihan industri.

3.         Sehubungan dengan itu, pelajar dikehendaki menghantar semula rekod cuti/kehadiran yang telah lengkap pada minggu ke-16 bagi melancarkan segala urusan berkaitan Kursus Latihan Industri sesi Jun 2016.

4.         Sekiranya gagal berbuat demikian, saudara/saudari dianggap telah melanggar Akta 174, Kaedah 5, dan akan dikenakan tindakan tatatertib (rujuk Perkara 8.7.2 Tindakan Hukuman).

Sekian, harap maklum.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(NOR HAYATI BINTI MOHAMMED SANI )

Ketua Unit Perhubungan  dan  Latihan Industri

Politeknik Sultan Idris Shah

Selangor