PANDUAN PENULISAN ILMIAH DAN KREATIF
CENDEKIA: Kompilasi Penulisan Ilmiah dan Kreatif PSIS 2018
Garis panduan ini disediakan sebagai panduan bagi penulisan dan penerbitan Cendekia: Kompilasi Penulisan Ilmiah dan Kreatif PSIS terbitan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).
- PENGENALAN
Cendekia: Kompilasi Penulisan Ilmiah dan Kreatif PSIS akan diterbitkan sekurang-kurangnya SATU (1) kali setahun dan sumbangan penulisan adalah terbuka kepada kakitangan PSIS.
- SYARAT UMUM
- Penulisan yang dihantar hendaklah karya asli dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana terbitan, cetakan, jurnal, prosiding atau seumpamanya.
- Penulisan tidak boleh mengandungi unsur-unsur lucah, politik dan sensitiviti perkauman dan agama.
- Penulisan boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
- Penulis wajib menggunakan perisian Microsoft Word.
- Penulisan ditaip dengan lengkap menggunakan font Calibri, saiz font 12, langkau dua baris (double spacing) dengan sebelah halaman bercetak sahaja menggunakan kertas bersaiz A4.
- Setiap halaman teks harus mempunyai margin berukuran berikut:
- Kiri : 3.0cm
- Kanan : 2.5cm
- Atas : 2.5cm
- Bawah : 2.5cm
- Penulisan perlu dihantar dalam bentuk hardcopy dan softcopy (.doc/.docx).
- Softcopy perlu di emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ATAU muat naik ke:
Ilmiah : http://bit.ly/Cendekia_Ilmiah
Kreatif : http://bit.ly/Cendekia_Kreatif
- Penulisan (kreatif) haruslah mempunyai unsur pengajaran yang boleh di ambil iktibar oleh pembaca.
- Penulisan yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan tidak akan diterima.
- Tarikh TUTUP penghantaran karya ialah pada 31 Oktober 2018.
- PENULISAN ILMIAH
Penulisan ilmiah yang diterima adalah dalam bentuk:
- Esei/Artikel/Karya/Rencana Ilmiah
- Kertas Kerja (Konsep/kajian atau penyelidikan)
- Laporan Kajian/Hasil kerja penyelidikan
- Penemuan, kaedah atau aplikasi baru
- Penilaian sesuatu perkara secara kritikal
- Format
Penulisan perlu mengandungi:
- Tajuk
- Nama pengarang /Alamat e-mel
- Abstrak
- Abstrak tidak melebihi 120 patah perkataan, format Italic, bersaiz 11 dan justified
- Kata Kunci
- Kandungan Teks
- Pengenalan
- Kaedah dan bahan (kajian sahaja)
- Hasil/Keputusan (kajian sahaja)
- Perbincangan
- Kesimpulan
- Rujukan
- Maksimum mukasurat adalah di antara 3-5 mukasurat mengikut format sistem penulisan APA (American Psychological Association) edisi terkini.
- PENULISAN KREATIF
Penulisan kreatif yang diterima adalah dalam bentuk:
- Puisi : Sajak, Syair, Pantun, Gurindam, Peribahasa dan Seloka
- Prosa: Cerpen (3-5 mukasurat) , Cerita Pendek (1-2 mukasurat)
- Format
- Tajuk
- Nama pena/pengarang/emel peribadi
- Menggunakan daya imaginasi dan kreativiti penulis.
- Menyampaikan perasaan dan pemikirannya serta berkongsi pengalaman dengan pembaca.
- Segala idea disusun dengan bahasa yang indah, berkesan dan terpilih sesuai dengan genre yang dipilih